BOY MISSING (SECUESTRO) (2016)

BOY MISSING (SECUESTRO)
Sebuah filem misteri thriller dari Sepanyol dengan unsur plot twist.
 
Filem ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Victor yang telah ditemui di jalanan dalam keadaannya cedera.
 
Dia yang kemudian dihantar ke hospital enggan untuk membuka mulut semasa disoal siasat oleh pihak polis. Hanya selepas ketibaan ibu Victor iaitu Patricia di hospital yang juga merupakan seorang peguam hebat, barulah diketahui bahawa Victor adalah seorang bisu dan pekak yang hanya boleh berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.
 
Tidak lama selepas dibenarkan untuk keluar dari hospital, Victor mendakwa bahawa dia sebenarnya telah menjadi mangsa penculikan seorang lelaki bekas banduan yang dikenalpasti sebagai Charlie.
 
Charlie yang kemudian ditahan bagaimanapun dibebaskan semula berikutan tiada bukti kukuh untuk mendakwanya melakukan penculikan terhadap Victor.
 
Disebabkan berasa tidak puas hati dengan pembebasan Charlie, maka Patricia pun pergi meminta pertolongan dengan Raul yakni bekas kliennya untuk menakut-nakutkan Charlie.
 
Apa yang berlaku seterusnya benar-benar mengejutkan di mana Charlie telah mati dibunuh oleh orang upahan Raul namun pada masa yang sama Victor mendedahkan tentang cerita penculikannya sebelum ini adalah sekadar pembohongan semata-mata. Maka dengan kematian Charlie, hidup Patricia pun mula menjadi tidak tenteram kerana menyedari dirinya pasti akan menjadi buruan pihak polis.
 
Link Trailer :
 
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top