Brand New Cherry Flavor (2021)

Brand New Cherry Flavor (2021)
Mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Lisa Nova yang berasal dari Brazil ingin menjadi seorang pengarah filem. Dia dijemput oleh seorang penerbit yang bernama Lou Burke dari Los Angeles untuk datang ke LA.
 
Lou Burke sangat meminati filem pendek yang diarahkan oleh Lisa yang bertajuk Lucy Eye. Dan Lou sangat suka dengan pengakhiran filem tersebut sampaikan ingin membuat cerita tersebut dengan versi panjang. Lisa pula ingin mengarah filem itu dan sangat berharap Lou dapat menjadikan Lisa sebagai pengarah filemnya yang versi panggung.
 
Lou Burke makin lama makin aneh yang seolah2 ingin mengambil kesempatan atas Lisa. Lisa yang makin tidak merasa selesa dengan kelakuan Lou Burke yang ingin mencabul Lisa.
 
Lou yang rasa tercabar dek kerana Lisa menolaknya terus mengambil filem Lisa dan menjadikan pengarah lain untuk mengarah filem  Lisa yang versi Panggung.
 
Lisa yang sangat marah, benci dan ingin membalas dendam terus pergi berjumpa dengan ahli sihir yang bernama Boro. Boro pula merupakan ahli sihir yang cuba membantu Lisa untuk membalas dendam terhadap Lou Burke.
 
Tetapi ada bayaran yang harus Lisa bayar kepada Boro. Apakah bayaran tersebut? Dapatkah Lisa lunaskan dendam kesumat dia terhadap Lou Burke?
 
Bagaimanakah ahli sihir Boro ni boleh berjumpa dengan Lisa? So korang kena layan limited series ni dekat Netflix.
 
Ada 8 ep je, dan bagi aku jalan cerita dia dah cantik dan rempah ratus dia dah okey cuma ending dia tu, anti climax sikit. Apapun siapa yang suka layan cerita dark, gore dan pelik ni adalah untuk korang.
 
Tapi aku nak ingatkan ni bukan cerita yang fast paced ye? Ni slow paced yang tak semua boleh layan ada sesetengah orang je yang suka cerita macam ni terutamanya aku. Hehe
 
Oh btw cerita ni jugak ada vibes Piercing 2018 yang atmosphere dia hampir sama dengan series ni. So sesiapa peminat cerita macam Piercing ni boleh enjoy cerita pelik ni 😜
 
Series ni dari Novel tajuk yang sama ditulis oleh Todd Grimson.
 
So ya personal rating dari aku 8.5/10
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top