Saya tahu ini filem lama. Tapi tak kira, saya nak review juga. Sebabnya saya suka mendiang Audrey Hepburn ni. Timeless. Elegant.
Filem ini mengisahkan seorang wanita bergaya urban di kota Manhattan, Holly Golightly (Audrey Hepburn), yang mempunyai cara hidup yang pelik dan misteri. Dia kelihatan comel, happy-go-lucky, tetapi sebenarnya menyimpan rahsia dan kesedihan hidup yang dalam dan hanya dapat dirungkaikan oleh seorang lelaki yang benar-benar menyayanginya.
Holly berkenalan dengan jiran barunya Paul (lakonan si mata biru George Peppard) secara tak sengaja. Paul seorang penulis yang ditaja hidupnya oleh seorang wanita kaya, nicknamed 2E. Holly pula dibayar untuk menemani lelaki kaya dan dalam masa yang sama dia mencari calon suami yang paling loaded kerana yakin dia memerlukan financial security untuk kebahagiaan dan masa depannya. Paul tertarik dengan Holly yang naive dan comel dan mula mengikuti aktiviti hidup Holly.
Paul mula jatuh hati dengan Holly dan ingin kenal lebih rapat, tetapi Holly seperti tidak membalasnya walaupun dia suka berkawan dengan Paul. Holly sebenarnya berasal dari desa pedalaman dan ada rahsia yang dia tak ingin dedahkan kepada sesiapapun. Dia juga dicengkam kesedihan kerana kematian abang kesayangannya yang berkhidmat dalam angkatan tentera.
Paul yang sudah bosan menjadi toyboy kepada 2E nekad meninggalkan wanita tersebut untuk mencari jalan hidupnya sendiri, selain merasakan yang dia ingin serius dengan Holly.
Pelbagai kejadian lucu dan sedih berlaku.
Rancangan Holly untuk berkahwin dengan lelaki jutawan tergendala kerana kaitan Holly dengan bos mafia. Paul cuba menasihati bahawa lelaki-lelaki kaya ini tidak serius pun dengan Holly, tetapi Holly tidak mahu menerima kenyataan, dia dalam denial.
Akhirnya Paul dengan marah menegaskan bahawa Holly perlu perbetulkan cara hidupnya. Paul tinggalkan Holly tetapi ketegasan Paul menyedarkan Holly bahawa dia telah tersilap mengatur hidupnya dan sebenarnya mahukan Paul dalam hidupnya.
{Cue adegan ikonik berdiri berpelukan dalam hujan dengan mendukung kucing oyen bernama Cat (comel giler)}.
Filem ni sesuai untuk peminat rom-com, yg sweet2 dan comel. Telatah Audrey memang comel. Filem ni juga ada lagu tema Moon River yang sangat terkenal tu. Bittersweet song. Part Holly memetik gitar sambil menyanyi Moon River di beranda pangsapurinya sambil tersenyum kepada Paul boleh bikin cair giteww..
Penggemar filem klasik tema romantik komedi, anda wajib tonton! (kalau belum tonton lagi la..)
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}