Chhalaang (2020)

Platform: (Amazon Prime Video)

Filem genre sports black comedy ini mengisahkan Montu adalah seorang guru Pendidikan Jasmani yang malas & selalu culas dalam menjalankan tugas mendidik para pelajar. Montu juga telah jatuh hati dengan seorang guru Komputer bernama Neelima Mehra.

Namun cubaan Montu meluahkan hatinya kepada Neelima Mehra terhalang kerana Montu bermasalah dengan keluarga Neelima Mehra. Pada suatu hari, pihak pentadbir sekolahnya telah mengambil seorang lagi guru Pendidikan Jasmani iaitu Inder Mohan. Timbul rasa cemburu & tidak puas hati Montu kerana Inder Mohan berkelulusan tinggi & lebih mahir mendidik para pelajar.

Dalam satu situasi, Montu & Inder Mohan terlibat dalam pergaduhan & terpaksa berdepan dengan guru besar.

Dalam satu perbincangan, Montu mencabar Inder Mohan untuk membentuk satu pasukan sukan di kalangan pelajar untuk bersaing di dalam sukan bola keranjang, 400m perlumbaan relay dan kabaddi. Sekiranya salah satu daripada pasukan itu kalah, guru itu perlu berundur daripada sekolah tersebut.

Pelbagai rintangan yang ditempuh semasa dalam proses Montu & Inder Mohan membentuk pasukan sukan masing2 & akhirnya mereka bersaing untuk menentukan sama ada mereka kekal di sekolah itu atau sebaliknya. Kalau difikirkan logik, filem ini jelas bercanggah dengan peraturan sedia ada & tak masuk akal.

Tonton saja filem ini sebagai hiburan dengan mengenepikan kebenaran. Mungkin anda terhibur dengan cara orthodox Montu memberikan latihan sukan harian kepada para pelajarnya. Filem ini sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

7.5/10 ๐ŸŒŸ ๐ŸŒŸ ๐ŸŒŸ

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top