Chimera (2021) – 35 tahun dahulu, telah berlaku satu letupan yang dilakukan oleh LEMBAGA MISTERI yang dikenali sebagai CHIMERA.
Menurut mitos dari Yunani, CHIMERA dipercayai adalah makhluk PEMAKAN MANUSIA yang menghembuskan api melalui nafasnya, berkepala singa, berbadan kambing dan mempunyai ekor berbentuk ular yang cukup menakutkan!!
Namun disini CHIMERA tidak memakan manusia melainkan hanya melambangkan ciri-cirinya sebagai pembunuhan yang tidak berperikemanusiaan!
Setiap pembunuh yang dilakukannya cukup teliti dan mangsa-mangsanya bukanlah dari orang kebiasaan atau secara rawak..melainkan mereka adalah mangsa-mangsa yang “TERPILIH”.
Modus operadinya cukup mengerikan! Mangsa-mangsanya diletupkan dan dibakar sehingga RENTUNG! GARING! SUNGGUH TRAGIS DAN SADIS!
Adakah semua pembunuhan ini dilakukan sekadar untuk keseronokkan atau..ada sesuatu disebaliknya??
Seorang Detektif Cha Jae-hwan (Park Hae-soo) harus bekerjasama dengan Profiler Claudia Kim (Cha Joo-young) dari FBI dan pakar bedah Lee Joong-yeop (Lee Hee-jun) untuk menyiasat dan menyelesaikan kes-kes JENAYAH BERSIRI yang tidak dapat diselesaikan selama ini dan CHIMERA menjadi sasaran utama penyiasatan mereka yang penuh CABARAN dan MENDEBARKAN ini!
REVIEW:
SYIOK!! Drama Korea yang sangat “underrated”.
✅Genre thriler penyiasatan misteri yang penuh dengan aksi-aksi mendebarkan! Mencemaskan!
✅Barisan pelakon-pelakon yang mantap dan padu!
✅WAJIB MENJADI TONTONAN BAGI ANDA YANG MEMINANTI GENRE PENYIASATAN YANG PENUH MISTERI!
Drama sebanyak 16 episod ini anda boleh tonton secara striming di Viu Malaysia ya guys!
Be the first to leave a review.