Filem yang berlaku pada tahun 1914 ini mengisahkan mengenai seorang ahli kaji cuaca muda dari England yang dihantar ke sebuah pulau terpencil di laut Atlantik selatan untuk memulakan tugas selama setahun.
Apabila dia dan kapten kapal layar yang dinaikinya sampai ke destinasi mereka, mereka mendapati bahawa ahli kaji cuaca sebelumnya tidak berada di stesyen kaji cuaca.
Malah, penghuni tunggal pulau itu merupakan seorang penjaga rumah api yang bernama Gruner.
Gruner tidak senang dengan kehadiran mereka dan memberitahu bahawa ahli kaji cuaca sebelumnya telah meninggal dunia kerana menghidap demam kepialu.
Kapten kapal mendesak ahli kaji cuaca yang baru itu kembali sahaja bersamanya pulang ke England tetapi pemuda itu menolak kerana mementingkan tanggungjawab.
Setelah kapten kapal berlayar meninggalkannya di pulau tersebut, pemuda itu menjumpai ketulan batu-batu yang disusun dalam corak yang aneh seakan-akan menandakan tempat yang ditanda ialah tempat keramat.
Malam itu, pemuda tersebut menjumpai diari ahli kaji cuaca sebelumnya yang menceritakan mengenai makhluk-makhluk ganjil yang muncul dari laut pada malam hari.
Namun, belum sempat dia siap membaca diari tersebut, dia mendengar pintu serta tingkap-tingkap stesyen itu dihempas bertalu-talu dari luar.
Apakah sebenarnya yang sedang menyerang stesyen tersebut?
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}