CONFESSIONS (2010)

CONFESSIONS (2010)

Sekarang ni satu Malaysia tengah kecewa dengan hukuman yang tak setimpal yang dikenakan pada anak-anak setan yang telah membunuh anak orang empat tahun yang lalu.. Oleh itu aku nak review satu filem yang berkisar pasal anak-anak setan jugak.

  1. Cerita dimulai dengan monolog panjang Cikgu Yuko di hadapan kelas. Waktu ini kita sebagai penonton akan berkelakuan sama macam murid-murid beliau iaitu acuh tak acuh je dengar.
  2. Tapi lama kelamaan semua semakin fokus. Termasuklah kita. Ini adalah hari terakhir Cikgu Yuko masuk kelas. Dan Cikgu Yuko ada benda penting nak bagitahu.
  3. Cikgu Yuko sudah tahu siapa yang bunuh anak perempuannya yang berusia 4 tahun. Anak perempuannya itu ditemui mati di kolam sekolah itu.
  4. Anaknya mati bukan kerana kemalangan. Tetapi kerana dua orang celaka dalam kelas tu.
  5. Siapa mereka? Shuya dan Naoki.
  6. Namun, undang-undang di Jepun mengatakan penjenayah di bawah umur 14 tahun, tak boleh dihukum. Maka, Cikgu Yuko tahu. Sia-sia saja kalau bagitahu polis.
  7. Oleh itu, Cikgu Yuko mengambil keputusan untuk bertindak sendiri. Dia telah pun masukkan darah yang positif Hiv ke dalam susu kotak yang murid-murid kelas tu minum.
  8. Namun, itu baru tindakan pertama..yang belum tentu boleh bagi pengajaran pun untuk setan-setan kecil ni.
  9. Kerana hidup ini membawa erti yang berlainan buat berlainan manusia. Bagi Shuya, dia sebenarnya berasa teruja dan seronok bila tahu dia akan dapat Hiv.
  10. Bagi Cikgu Yuko pula, anak perempuannya itulah hidup dia. Tapi anak dia dirampas dari dia dengan cara yang kejam. Hidup ni sudah tiada makna lagi.
  11. Maka filem diteruskan dengan pov 3 watak murid iaitu Shuya, Naoki dan Mizuki.
  12. Timeline bergerak dengan penggal baru sekolah dibuka. Ada cikgu baru yang menggantikan Cikgu Yuko.. dalam masa yang sama, penceritaan 3 budak ni diteruskan.
  13. Dalam setiap penceritaan atau confessions budak-budak ni, kita akan dapat ‘twist’ yang baru. Sangat menarik dan mengejutkan.
  14. Betullah kata Cikgu Yuko. Semua orang hidup. Tapi paksi tak sama. Ada yang berpaksikan tuhan. Ada yang berpaksikan perhatian dari manusia. Oleh itu, hukuman mati sebenarnya tak memberi kesan yang sama untuk semua orang.
  15. Untuk membalas dendam kesumat, Cikgu Yuko perlu bijak mengatur catur. Macam mana dia nak balas dendam ? Korang tengok sendiri lah.
    .
  16. Sebagai seorang ibu, aku sangat-sangat beremosi bila menonton. Rasa nak masuk dalam skrin dan cekik-cekik anak-anak setan ni.
  17. Kenapalah bila ko kecik mak ko tak picit hidung ko biar matiā€¦ Ha gitu..
  18. Sama jugak lah macam kes arwah sekarang ni tu. Pepatah melayu dah lama sebut “Kecik-kecik taknak mampus, sudah besar menyusahkan orang.”
  19. Sampai tahap aku ni termenung fikir teruknya akhlak pra remaja kat sana. Salahnya dekat mana. Kerajaan kah? Undang-undang kah? Ibu bapa kah?
  20. Aku tak reti nak kupas benda ni lagi dalam. Aku mampu sentuh permukaan saja. (Sori ticer.. assignment ni susah betul !)
  21. Penyudahnya aku kena tonton The Way of House Husband pulak sebab nak bagi balance balik rasa sinis aku ni terhadap Jepun. Kelakar nak mati cerita tu.
  22. Filem ni mendapat banyak anugerah tau. Gambar-gambar nya juga sangat artistik dan cantik. Darah pula digunakan dengan minimal.
    a
  23. Sekiranya anda pencinta dunia wayang, ini salah satu naskhah wajib ditonton sekurangnya sekali seumur hidup.

kredit: Nur Hela

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top