Gara-gara minat dengan Johnny Deep, maka terlayanlah animasi ni sementara nak cari idea nak memasak tengahari.
Kisah Victor Van Dort, seorang anak lelaki hartawan yang pemalu akan dikahwinkan dengan seorang gadis bernama Victoria Everglot. Mereka disatukan tanpa mengenali antara satu sama lain. Sebelum majlis yang sebenarnya, mereka harus melakukan ‘reheasal’ upacara perkahwinan, yang melibatkan pasangan tersebut menghafal ikrar perkahwinan.
Victor yang gemuruh menghafal berulang-ulang ikrar tersebut, sampai tak perasan masuk ke tanah perkuburan, siap berlakon sarung cincin pada ranting – padahal yang disarungnya pada rangka jari hantu seorang pengantin perempuan bernama Emily.
Emily membawa Victor ke dunia hantu, kerana ikrar yang dibaca dan cincin yang tersarung dijarinya mengesahkan Viktor adalah cinta sejatinya yang telah ditunggu sekian lama.
Kehilangan Viktor menyebabkan keluarga Victoria membatalkan perkahwinan mereka. Tambahan pula Lord Barkis mencanangkan keseluruh pekan yang Victor melarikan diri dengan seorang gadis misteri. Lord Barkis menawarkan diri untuk mengahwini Victoria, sambil mempromosikan dirinya sebagai orang kaya yang bersendirian…hmmm
Manakala di dunia hantu, perkahwinan Emily dan Victor telah diaturkan. Victor menipu Emily untuk membawa dia bertemu kedua ibubapanya meminta restu. Tetapi apabila naik ke dunia manusia, Victor mencari Victoria, menyebabkan Emily kecewa dan melarikan Victor kealam hantu semula.
Namun untuk mengahwini Victor, bukan perkara yang mudah. Ini kerana mereka datang dari alam yang berbeza. Upacara perkahwinan harus dilakukan dialam manusia, dan selepas membaca ikrar perkahwinan, Victor harus mati supaya mereka dapat bersatu.
Di dunia pula, upacara perkahwinan berlangsung antara Victoria dan Birkin. Birkin meminta wang dari Victoria – rupanya si Birkin ni penipu, dia mencari gadis-gadis kaya untuk dikahwini. Selepas mengaut harta mereka, dia akan melarikan diri kedaerah lain pula. Malangnya keluarga Victoria pula sedang muflis, dan mengharapkan menantu kaya untuk menyara mereka (dah kenalah tu 2×5).
Laa macam serious sangat kisahnya – padahal kartun je pun. Nanti ada babak hantu-hantu naik ke alam manusia, pastu buat reunion pulak jumpa sedara-mara. Masa ni lah, Si Pengantin Jenazah buat keputusan sama ada nak meneruskan perkahwinannya atau pun tidak?…
Babai
#makcikreview
Be the first to leave a review.