Crawl (2019)

Crawl (2019)

Haley, seorang gadis dewasa tekad ingin menjenguk ayahnya meskipun sudah dikhabarkan mengenai keadaan cuaca buruk ketika itu. Ketika sampai di rumah ayahnya, Haley tercari-cari kelibat ayahnya sehingga Haley memutuskan mencari ayahnya di ruang bawah tanah.
 
Keadaan cuaca di luar rumah semakin tidak terkawal. Air mula naik membanjiri stesen minyak dan kawasan sekitar. Sementara di rumah ayah Haley, air sudah memenuhi ruang bawah tanah. Tanpa diduga, niat yang awalnya ingin melawat bapanya membawa Haley berdepan dengan situasi yang jauh lebih mencabar dan mendebarkan.
 
Banyak buaya liar memasuki ruang bawah tanah rumah ayahnya. Ketika sudah menemui bapanya, Haley harus bertarung untuk menyelamatkan diri dan ayahnya daripada serangan buaya yang tidak terduga.
.
Filem ini adalah salah satu filem menarik berkenaan haiwan liar dan haiwan yang yang menjadi tumpuan dalam filem ini adalah buaya.
Melalui filem ini, penonton akan terikut berdebar dan menantikan aksi apa yang akan dilakukan Haley demi menyelamatkan dirinya dan bapanya daripada ancaman buaya. Sangat menarik untuk ditonton seisi keluarga.
FATIN H.
Credit pic: Imdb

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top