Director : Kiyoshi Kurosawa
Filem ini hanya mendapat 59% tanda suka daripada pengguna Google meskipun pernah ditayangkan di 66th Berlin International Film Festival.
SINOPSIS
Koichi (bukan kuih koci ya) merupakan seorang Profiler Penyiasatan Jenayah yang berhenti kerana kecederaan. Disebabkan ilmu dan pengalamannya, dia menjadi pensyarah dalam bidang Criminal Psychology. Dia ni ada isteri yang cantik bernama Yasuko.
Nak dijadikan cerita, mereka berdua pindah ke sebuah kawasan kejiranan. Biasalah kan, mula-mula pindah, ada lah sesi taaruf. Jadi, Yasuko ni mesra sangat sampai nak bagi coklat kat jiran dia. Sayangnya, jiran-jiran dia tak suka! Ya, mereka tak suka bergaul, tak suka nak beramah mesra. Hal kau, kau. Hal aku, aku.
Cukup!
Tapi, si Yasuko ni tak putus asa. Walaupun Koichi dah larang, dia tetap jugak nak beramah mesra dengan jiran dia tu. Dalam banyak-banyak jiran, lelaki sebelah rumah tu je yang bagi respon lepas dia rasa coklat Yasuko tu sedap. Sejak itu, keluarga mereka semakin rapat.
Satu hari tu, anak perempuan jiran dia senyap-senyap jumpa dengan Koichi dan mengadu dalam keadaan ke ta ku tan.
“Pakcik, tolong saya. Lelaki kat rumah tu sebenarnya bukan ayah saya”
😰Siapakah lelaki tu sebenarnya?
😰Apa kaitan keluarga jiran itu dengan insiden misteri yang pernah melanda bandar itu 6 tahun lalu?
ULASAN RINGKAS AKU
- Filem ini diarahkan oleh pengarah yang memang terkenal dengan genre seram dan misteri Jepun. Beliau juga yang mengarahkan filem Pulse (2001), Bright Future (2003) dan Before We Vanish (2017).
- Meskipun diarahkan oleh pengarah yang hebat, cuma dari kaca mata aku sebagai penonton, aku rasa Creepy ni agak bosan. (maaf, kepada peminat filem ni) 😅
- Sejujurnya, trailer filem ni memang menjanjikan sesuatu untuk menarik penonton.
- Tapi…. Mungkin sebab aku dapat jangka story line filem ni. Jadi, bila aku tonton tu, aku rasa mengantuk 😅
- Plot yang agak mendatar sampaikan aku pause dan cuba cari kekuatan untuk habiskan. Mujur ada butang fast forward. Ehh.. 😆
- Cubaan watak Koichi untuk bertindak juga tak berapa mantap meskipun ada impaknya.
Sekadar pendapat peribadi. Lain orang lain selera. Ampunnnn.. 😅 Sekian, terima kasih.
Sumber imej: gstatic
Kredit: Fikri Fiq
Be the first to leave a review.