Cube (1997)
Filem “CUBE (1997)” yang bergenre #scifi #psychothriller #mysterysuspens ini mengisahkan 7 orang berbeza latarbelakang, tidak saling mengenali terperangkap di sebuah “Cube” besar terbahagi dengan entah berapa banyak ruang kecil yang ada.
Mereka tidak tahu bagaimana boleh berada di dalam CUBE itu. Ketika mereka berusaha mencari jalan keluar, ketika itu juga mereka berdepan dengan perangkap yang bakal meragut nyawa mereka jika mereka tersalah langkah.
Setiap ruangan “Cube” boleh berubah warna dari merah, hijau dan putih. Setiap warna melambangkan sifat, mood dan suasana yang berbeza.
Dapatkah setiap dari mereka menyelamatkan diri dari ancaman bahaya yang mereka sendiri tidak tahu?
Sungguh kagum dengan visual yang dihasilkan untuk mencipta ruangan CUBE dalam filem ini, walaupun filem lama 1997 tetapi pengalaman cinematik seperti menonton filem abad 20an.
“Cube (1997)” menyajikan konsep yang sangat menarik dan bijak! Kurang sesuai untuk tontonan famili walaupun tiada aksi 18SX tetapi aksi 18SG memang agak mengerikan!
Be the first to leave a review.