Dark Places (2015)

Dark Places (2015)

Filem ini bermula pada tahun 1985 di sebuah ladang di Kinnakee, Kansas.
 
Seorang kanak-kanak perempuan, Libby Day yang berumur lapan tahun menemui mayat ibunya, Patty dan kedua-dua kakaknya, Michelle dan Debby setelah mereka dibunuh dengan kejam.
 
Apabila disoal-siasat oleh pihak polis, Libby memberitahu mereka bahawa orang yang bertanggungjawab untuk pembunuhan itu ialah abangnya sendiri, Ben.
Apabila dewasa, akibat trauma yang dialaminya, Libby tidak berupaya mencari nafkah untuk menampung kehidupannya sehinggalah Lyle Wirth, seorang pengasas kelab peminat jenayah True Crime menjemputnya untuk menceritakan kejadian sebenar untuk ahli-ahli kelabnya dengan bayaran $700.
 
Di kelab tersebut, kebanyakan ahli-ahlinya tidak percaya Ben bersalah kerana polis mendakwa beliau berdasarkan keterangan seorang kanak-kanak yang masih mentah.
 
Namun, Libby bertegas yang abangnya telah membunuh keluarga mereka tetapi disebabkan terdesak dan memerlukan wang, mengakui mungkin dia telah melakukan kesilapan.
 
Kerana perasaan berbelah-bagi yang amat sangat, Libby membuat keputusan untuk melawat abangnya sendiri di penjara untuk bertanya secara terus-terang mengapa dia tergamak melakukan pembunuhan tersebut.
 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top