Makcik anggap filem ini fiksyen, walaupun sebenarnya dalam hati makcik ni meronta-ronta nak menulis yang ianya adalah realiti. Realiti yang pernah berlaku dalam senario politik negara kita pada suatu masa yang lalu. Realiti yang politik ialah dunia hitam yang penuh dengan kelicikan, kekejaman, tikam menikam sehingga maruah dan harga diri bisa digadai untuk satu tujuan.
Parti Wawasan memenangi PRU, dan Tun Malik dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu. Presiden Parti MUNA, Dato Seri Hassan dan Timbalan Presidennya Suri telah mula merangka pelan bagi memastikan kemenangan besar pada pilihanraya yang akan datang menjadi milik mereka. Umum mengetahui, setelah 30 tahun, Parti MUNA dikalahkan dengan teruk dek kerana kes korupsi Presiden MUNA. Dan sudah pastilah pelan yang licik harus disusun demi memastikan kejatuhan Wawasan pada pilihanraya yang seterusnya.
Suri, Protagonis dalam Parti MUNA – efektif dan licik. Suaminya, Idrus pemilik Media Raya, berpengaruh dalam dunia media. Gandingan yang sangat serasi. Suri mencadangkan MUNA berkolaberasi dengan Parti Hizbul Muslimin dan Parti Sosialis semata-mata untuk mendapatkan sokongan serampang 2 mata. Walaupun tindakan ini dikatakan ekstrim, mana mungkin agama bercampur dengan liberal, tetapi dengan penggunaan putar belit media, ia berjaya.
Kemudian, pada masa yang sama…Suri mula menghasut Ali, Timbalan Perdana Menteri untuk sailang Tun Malik, menyerahkan jawatan atau pun akan berlaku pakatan undi tidak percaya. Manakala, Idrus pula menjalankan propagandanya melalui media menjatuhkan integriti Wawasan melalui khabar angin.
Banyak plot twist dalam filem ni. Satu persatu watak muncul, digunapakai dan akhirnya dihapuskan untuk menutup bukti. Isu rasist dan seksis, dan kau buatlah apa saja pun selagi kau mampu berdiri atas kejatuhan orang lain. Sukar untuk menolak…setiap watak yang ditampilkan mencerminkan realiti. Betul, tengok Hassan, teringat b**sku, tengok Tun Malik, Ali, eh samalah dengan senario politik “Langkah Sherat*n”. Harus diakui, wujudnya “hidden hand” yang mengawal kesemua yang berlaku.
Tontotan 1 jam 30 minit…bagi makcik filem bagus. Dibarisi pelakon hebat iaitu Vanida Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Christina Suzanne dan ramai lagi. Makcik terpaku dengan lontaran bahasa yang digunakan, cemerlang dan menusuk jiwa. Sesuatu yang pastinya boleh dilayan, bagi peminat filem yang sukakan kelainan. Walaupun mungkin ada yang kata genre politik ni membosankan…but makcik strongly said – this is not a periodic political common movie, but it was a thriller!
Babai
#makcikreview
Be the first to leave a review.