Sinopsis / **Spoiler**
Johan de Vries seorang tentera muda Belanda yang baru direkrut bersama yang lain tiba di Indonesia dan ditempatkan di sebuah kem di Semarang, Sulawesi Selatan. Misi utama adalah mencipta ” Indonesia Damai ” selepas Perang Dunia Kedua .
Di bawah pimpinan Komando Raymond Westerling ,para tentera Belanda menjalankan operasi menjejak dan menangkap penduduk tempatan yang dianggap pemberontak kerana menyokong kemerdekaan Indonesia. Manakala di sisi lain , Johan pula semakin akrab dengan Raymond dan sangat mengagungi kewibawaan beliau.
.
Review / Trivia /***Spoiler***
– Filem ini mengenang kembali pemb4nt4ian kejam dilakukan oleh Raymond Westerling di Sulawesi Selatan sekitar Disember 1946 hingga Februari 1947.
– Watak pratagonist Johan de Vries (Martijn Lakemeier ) memperlihatkan kepada kita akan jiwanya yang kian memberontak selepas kekejaman demi kekejaman yang disaksikannya.
– Seperti kebanyakkan filem filem perang , De Oost juga tidak lari dari kritikan ramai pihak kerana terdapat percanggahan fakta .
– Filem ini agak slow pada permulaan cerita terutama pada 45 minit pertama namun bukanlah masalah utama bagi saya.
– *** Filem ini bukan untuk tontonan umum***
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}