Memandangkan banyak yang kecewa dengan sekuel terbaru The Conjuring, mari kita kembali kepada filem terawal arahan James Wan.
Filem ini bermula dengan pembunuhan ngeri isteri Jamie Ashen, Lisa yang berlaku semasa dia pergi membeli makanan bungkus untuk Lisa.
Mayat Lisa dijumpai dengan lidahnya dipotong keluar. Memandangkan Jamie mempunyai bukti alibi yang kukuh, detektif yang menyiasat jenayah itu, Jim Lipton, terpaksa membebaskan Jamie dari tahanan polis.
Sekembalinya di rumah, Jamie mendapati ada nama yang tertera di atas nota dalam kotak hadiah yang diterima mereka sebelum ini iaitu Mary Shaw yang merupakan seorang alih suara dari kampung halamannya, Raven’s Fair. Namun, Mary telah meninggal dunia sekitar 1940an.
Jamie mendapat khidmat pengurus mayat Raven’s Fair, Henry Walker untuk mengurus pengebumian Lisa.
Isteri Henry yang sudah nyanyuk, Marion memberi amaran kepada Jamie bahawa roh Mary telah kembali dan sedang menghantui beliau.
Henry menerangkan bahawa Mary telah dihukum bunuh dengan kejam akibat dituduh menyebabkan kehilangan seorang kanak-kanak bernama Michael. Pembunuh-pembunuh Mary telah memotong keluar lidahnya sebelum membiarkan beliau mati.
Dari hari itu, rohnya telah membalas dendam dengan membunuh setiap generasi keturunan para pembunuhnya dengan cara yang sama.
Adakah Jamie akan turut menerima nasib yang sama seperti mangsa-mangsa Mary sebelum ini?
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}