DELETER (2022)

ernah tak dengar nama pekerjaan “DELETER”?. Lyra bekerja dengan satu agensi rahsia dibawah kelolaan seorang pengurus bernama Sir Simon. Jawatan rasminya ialah Online Content Moderator. Kerjanya nampak mudah…tonton, tapis dan ‘delete’ video yang berunsur keganasan, seksual, eksploitasi, disturbing sebelum ia tersebar di platform media sosial. Lyra dan teamnya akan memastikan hanya content yang menepati quota sahaja akan dilepaskan untuk tontonan. Hanya 2 butang saja – Delete atau Ignore!

Macam senang je kan, tapi kerja ni penuh dengan tekanan. Boleh jadi gila bila asyik tonton konten yang disturbing..sampai terpaksa makan pil penenang. Ramai yang mental koyak, jadi sakit dan terpaksa berhenti. Tapi bukan senang nak berhenti dari situ. Kerja shift lagi, 24 jam pejabat beroperasi dan hanya boleh pulang apabila kuota dipenuhi. Pihak Agensi ada sediakan sleeping quarters yang dipanggil Jail Cell oleh Lyra. Disebabkan kerja diorang ni misteri sangat, sampai ada yang ingat staff dari agensi ni adalah Scammer Operator atau Phone Sex Operator.

Aileen, salah seorang dari staff disitu menghadapi kemurungan teruk selepas menonton satu video seram yang tidak diketahui siapa penghantarnya. Entah bagaimana, satu hari dia memb*nuh diri dengan terjun dari tingkat atas bangunan pejabat mereka. Pelbagai spekulasi timbul, kononnya Aileen banyak hutang, juga hubungan sulitnya dengan boss Sir Simon yang telah tersebar dan stress akibat kerja sehingga kemurungan. Aileen pernah mengadu pada Lyra yang dia ingin berhenti kerja tetapi Sir Simon tidak membenarkan, malahan mengugutnya dengan mengatakan “U can’t escape here”.

Pada suatu malam, Lyra tinggal bersendirian di pejabatnya kerana dia belum habis menyelesaikan kuota tugasannya. Ada satu video masuk…video saat-saat terakhir Aileen sebelum dia terjun dari bangunan. Lyra memanggil Sir Simon untuk melihatnya. Dia menyuruh Lyra memadam semua konten yang masuk berkenaan Aileen. Dan konten itu terus masuk…sehingga tak mampu lagi dipadam oleh Lyra.

Seram ke? Efek seram tu ada, jumpscare pun boleh tahan juga. Satu topik yang tak pernah makcik tengok sebelum ni. Filem ni ada ‘wow factor’. Peminat horror boleh layan.

Babai 👋
#makcikreview

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top