Demonic (2015)

Demonic (2015)

Tiga mayat pelajar kolej dijumpai di dalam sebuah rumah agam yang kosong di Lousiana. 

Beberapa pegawai polis yang diketuai oleh Detektif Mark Lewis bergegas ke sana dan memeriksa tempat di mana mayat-mayat tersebut dijumpai dan terkejut apabila menjumpai seorang pelajar bernama John masih hidup.
 
Dengan segera, Mark memanggil bantuan polis lain dan ambulan.
Seorang pakar sakit jiwa, Doktor Elizabeth Klein tiba dan mula menemuramah John mengenai apa yang berlaku di situ.
 
 John memberitahu bahawa dia bersama rakan-rakan lain telah datang ke rumah tersebut untuk mengadakan upacara memanggil roh.
Mereka juga telah merakam upacara tersebut menggunakan kamera video.
 
Upacara itu telah menarik perhatian beberapa roh termasuk roh ibu John sendiri.
 
John memberitahu bahawa dia sangat risau kerana tidak dapat mencari teman wanitanya, Michelle.
Pada masa yang sama, Mark terjumpa satu bilik rahsia di rumah itu di mana dia menemui Michelle dalam keadaan tidak sedar diri.
 
 
Mark memanggil bantuan para petugas ambulan yang mengangkat Michelle keluar sementara dia meneruskan pencarian untuk pelajar-pelajar lain yang masih terselamat. Di bilik lain, dia terkejut apabila menemui mayat John bergantung dari siling.
 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top