Demonic (2021)

Demonic (2021)

Angela ditangkap pihak polis kerana menyebabkan kematian 21 orang setelah dia sengaja membakar sebuah rumah jagaan orang-orang tua dan kemudian, meracun ahli-ahli gereja beliau. 

Anak perempuannya, Carly meninggalkannya setelah Angela ditangkap polis dan dijatuhkan hukuman penjara maksima.
Carly membawa diri dengan sokongan serta galakan rakan karibnya, Sam tetapi telah memutuskan persahabatan dengan seorang lagi rakan karib, Martin.
 
Ini kerana dia tidak dapat menerima cerita-cerita serta pendapat-pendapat ganjil Martin mengenai ibunya.
 
Pada suatu hari, Carly menerima pesanan ringkas daripada Martin kerana ingin bertemu dengannya.
Dalam pertemuan itu, Martin memberitahu Carly bahawa dia telah terlihat Angela dalam keadaan koma di sebuah pusat perubatan persendirian bernama Therapol semasa dijemput ke sana.
 
Beberapa hari kemudian, Carly menerima panggilan dari pihak Therapol yang meminta dia datang ke pusat tersebut.
Di sana, dia bertemu dengan Michael dan Daniel, dua orang pakar perubatan yang menerangkan Angela tiba-tiba koma semasa berada di penjara.
 
Tetapi melalui simulasi teknologi tinggi, mereka telah menemui kaedah baru untuk berkomunikasi dengan Angela di dalam mindanya.
Melalui bantuan simulasi itu, Angela telah meminta mereka untuk menghubungi Martin dan Carly.
 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top