Filem ini mengisahkan mengenai sepasang suami isteri, Suraya dan Azman yang sedang menghadapi detik-detik kelahiran anak sulung mereka.
Namun, disebabkan kerumitan yang tidak dijangka, Suraya mengalami keguguran yang menyebabkan dia tidak boleh melahirkan anak lagi.
Perkara ini menyebabkan Suraya mengalami kemurungan klinikal yang sangat mendalam. Pakar jiwa mencadangkan agar Azman membawa isterinya berpindah ke persekitaran baru agar dia mendapat ketenangan jiwa.
Azman membawa Suraya untuk mencari tempat kediaman yang baru tetapi Suraya tidak dapat menguatkan hatinya untuk berbuat demikian.
Pada suatu hari, Azman mendapat panggilan dari Rumah Anak Yatim Sri Cempaka berkenaan permohonan mereka untuk mengambil anak angkat walaupun Suraya masih dua hati mengenai perkara itu.
Azman memperkenalkan seorang kanak-kanak lelaki bernama Amar kepada Suraya yang cuba menjalinkan hubungan mesra dengannya semasa berada di dalam kereta dalam perjalanan pulang.
Apabila mereka melalui sebuah Villa usang yang diletakkan di bawah lelongan bank, ini menarik perhatian Amar. Suraya meminta suaminya untuk membeli tempat tersebut.
Tetapi vila tersebut mempunyai rahsianya tersendiri yang dahsyat kerana selepas mereka berpindah ke situ, Suraya mula menjumpai perkara-perkara ganjil seperti kesan air dan darah di bilik dapur.
Pada satu malam, dia juga mendapati kehadiran seorang penceroboh yang tiba-tiba menghilang diri.
Apakah sebenarnya yang telah berlaku di vila tersebut dan apakah kaitannya dengan Amar?
Pengarah : Sein Qudsi
Penulis: Sein Qudsi
Pelakon : Khir Rahman, Vanidah Imran, Nam Ron, Kodi Rasheed, Zain Hamid & Zulaika Zahary
Pengedar : Netflix
Genre : Seram/Misteri
Masa Tayangan : 205 minit
Tarikh Tayangan : 8 Ogos, 2019
Trailer :
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}