Dendam Pontianak (2015)

Dendam Pontianak (2015)

Filem ini mengambil tempat pada tahun 1965 di mana penduduk sebuah kampung sedang meraikan majlis perkahwinan Khalid, seorang ayah tunggal dengan pasangannya, Siti. 

Pada majlis tersebut, rakan karib Khalid, Rais datang memenuhi jemputan dan mendendangkan lagu Getaran Jiwa bersama wanita di situ, Ida.Lagu ini menimbulkan ingatan lama di dalam diri Khalid dan dia ternampak sekilas pandang bayangan seorang wanita berkebaya merah di majlis itu. Kemudian, semasa Rais memandu keretanya pulang bersama Ida, mereka dihalang oleh perempuan yang sama di tengah jalanraya.

Rais keluar untuk mencari perempuan tersebut tetapi disambar oleh sesuatu tiba-tiba.
Keesokkan hari, mayat Rais dijumpai terpaku pada sebatang pohon tinggi dengan ususnya terjurai.
 
Ini menimbulkan keadaan panik di kalangan penduduk kampung tersebut. Tambahan lagi, pawang kampung tersebut, Su’ut Din tiba-tiba muncul dan memarahi Siti serta mendesak beliau menyucikan rumah kediamannya.
 
Beberapa malam kemudian, Nik, anak lelaki Khalid memberitahu ayahnya yang dia ternampak hantu.
Tetapi Khalid tidak mengambil perkara itu dengan serius.
Adakah Nik bercakap benar dan siapakah wanita yang menghantui Khalid itu?
 
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top