Don’t Be Afraid of the Dark (2010)

Don't Be Afraid of the Dark

Alex Hurst, seorang pengubahsuai rumah bersama teman wanitanya, Kim Raphael tiba di rumah agam Blackwood Manor yang terletak di Rhode Island, New England.  

Alex membawa bersama anak perempuannya, Sally, 8 tahun, yang diberi hak jagaan oleh isterinya setelah mereka berpisah.
 
Perhubungan Sally dengan Kim tidaklah mesra namun walaupun begitu, dia menurut saja ayahnya yang diberi kontrak membaiki dan mengubahsuai rumah agam tersebut untuk dijual semula.
 
Sehari selepas mereka berpindah ke Blackwood Manor, Sally terdengar namanya dipanggil dan diumpan suara-suara halus ke tempat pendiangan api tertutup yang dihiasi dengan perkataan-perkataan ganjil di atasnya.
 
Apabila Sally membuka pintu pendiangan itu, dia menemui sebutir gigi manusia di dalamnya.
Sally membawa gigi tersebut ke biliknya dan meletakkannya di bawah bantalnya sebelum tidur.
 
Keesokan harinya, Kim mendapati kesemua pakaiannya koyak-rabak seperti digunting.
 
Alex yang menyangkakan Sally melakukannya, memarahi anaknya sebelum mendapati Sally menggenggam sekeping duit syiling perak abad ke-19 yang dijumpai di bawah bantal setelah bangun dari tidur pagi itu.
 
Sally mengunjungi tempat pendiangan itu semula tetapi diarah menjauhkan diri oleh seorang dari para pekerja ayahnya, Harris.
 
 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top