Siri 16 episod ini mengisahkan mengenai Tak Dong Kyung, seorang penyunting novel laman web.
24 November 2020.
Tak menerima berita mengejutkan dari doktornya bahawa kejadian pitam yang sering dialaminya adalah disebabkan oleh ketumbuhan barah di otaknya.
Disebabkan kedudukan barah itu, risiko pembedahan adalah merbahaya dan tidak bermanfaat.
Sekiranya ia dibedah dengan berjaya, Tak hanya akan dapat hidup selama setahun. Jika ia dibiarkan, Tak mempunyai lebih kurang tiga bulan sebelum dia menemui ajalnya.
Dalam perjalanan kembali ke tempat kerjanya, dia juga bertemu dengan seorang perempuan sarat mengandung yang juga merupakan isteri kepada teman lelakinya sendiri.
Setelah mengalami satu hari yang penuh dengan siri kejadian-kejadian buruk, Tak pulang ke rumahnya dan pada malam itu, memakan kek sempena ulangtahun kematian ibubapanya pada tarikh itu. Dia menjadi mabuk akibat minum terlalu banyak.
Dia pergi ke tingkat bumbung kediamannya dan terlihat pertunjukan tahi bintang di langit. Kecewa dengan nasibnya, dia menjerit meminta dunia berakhir.
Beberapa waktu kemudian, Tak terjaga dari tidurnya oleh lonceng pintu.
Apabila dia membuka pintu, dia bertemu seorang lelaki kacak yang memperkenalkan dirinya sebagai Mang Myul.
Dia telah mendengar permintaan Tak dan akan menunaikannya. Dia akan melenyapkan dunia dalam masa 100 hari pada 2 Mac, 2021, hari Tak akan menghembus nafas terakhirnya kerana dia merupakan Dewa Bala.
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}