Door Lock (2018)

Door Lock (2018)

Hiii …siapa pernah tengok cerita ne ?

.
cerita ni mengisahkan seorang perempuan tipikal yang bekerja di kotaraya metropolitan Seoul dan tinggal sendiri di apartmentnya. Watak utama tersebut dilakonkan oleh Gong Hyo Jin. Untuk pengetahuan korang, lakonan dia ni jarang mengecewakan.

Biasanya kalau dia berlakon, aku memang akan tengok dan dia antara pelakon perempuan korea yang mukanya tak berapa lawa, hidungnya tak berapa mancung, tapi lakonannya tetap mantap. Membuktikan apa kawan2? Ya, membuktikan bakat tu tak perlu kau nak lawa sangat pun..

.
Okay sambung2. Dia duduk sorang2 kat apartment dia, tapi dia rasa pelik. Setiap pagi dia akan bangun dengan lesu dan tak bermaya. Pergi kerja pun tak bersemangat. Dia kerja kat sebuah bank sebagai frontliner. Hahaha nak jugak guna term tu lols.

Masa permulaan cerita ni, dia tunjuklah ada sorang laki tido sama dengan dia. Aku mula2 fikir ohhh dia tinggal (bersekedudukan) dengan pakwe dia. No wonder letih pun bangun pagi, pergi keje semua.

.
Setiap pagi sebelum dia pergi keje, dia akan tukar password pintu dia sebab dia ada rasa pelik sebab cover lock dia terbukak, macam ada orang masuk rumah dia tapi takde kesan. So, dia just anggap dia berhalusinasi ataupun kesan dia terlampau letih. Letih sebab apa pun taktau.

.
Satu hari tu, sebelum dia nak tido, dia tetiba terdengar macam ada orang umpil pintu dia nak masuk. Pintu dia dah selak apa semua dari dalam, tapi dia still rasa takut.

So, dia pun panggil polis. Polis just perlekehkan aduan dia, konon2 macam dia ni ada je simpan pakwe duduk sama tapi acah suci. Dia siap tunjuk ada puntung rokok yang penjahat tu tinggalkan kat luar rumah dia tapi polis buat tak endah sebabnya bila polis masuk je rumah dia, polis nampak kasut keje laki kat pintu dan ada boxer laki tengah sidai kat tengah rumah, so memang diorang assume dia tinggal dengan pakwe dia la.

.
Sebenarnya, dia buat macam tu sebab nak orang ingat ada orang laki tinggal sama dengan dia, so sape yang berniat jahat tu tak jadilah sebab memikirkan dia bukan tinggal sorang. Tapi silaplah sebab benda tu akhirnya makan diri.

.
Okay lepas daripada kejadian tu, dia makin jadi paranoid. Dia jadi suspicious, macam memang ada orang ikut dia selama ni. Sampai satu hari tu, boss dia offer hantar balik rumah. Pastu dia tertinggal purse dia kat kereta boss dia ni.

Boss dia naiklah rumah dia hantar purse tu. Dia jadi pelik macam mana boss dia boleh tahu rumah dia yang mana satu sedangkan dia tak pernah reveal pun nombor rumah dia kat boss dia tu. Cuak punya pasal, dia buat alasan nak beli kopi kat kedai kejap padahal dia call polis.

.
Bila dia balik, dia tengok boss dia dah mati terjerut kat kerusi makan rumah dia.
Siapa sebenarnya yang bunuh boss dia?
Apa yang berlaku sebenarnya kat rumah dia?

.
Haaa tu yang korang kena tengok. Memang plot twist habis cerita ni.
Sampai ke ending dia pun mendebarkan weh. Ingat benda dah setel, rupanya hmmmm..

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top