Pada tahun 1897, Jonathan Harker, seorang peguam dari London meninggalkan tunangnya, Mina Murray untuk mengunjungi istana Dracula (bermaksud keturunan naga) di Transylvania (bermaksud negara selepas rimba) sebuah negara Eropah Timur untuk menyelesaikan urus-niaga hartanah seorang bangsawan bernama Count Dracula.
Setibanya di stesyen keretapi Transylvania, Jonathan yang bertanya arah, diberi amaran oleh orang-orang kampung mengenai pelanggannya dan dihadiahkan sebuah salib.
Jonathan menaiki kereta kuda yang dihantar untuk menjemputnya. Dalam perjalanan ke istana, sekumpulan serigala cuba menyerang kereta kuda tersebut.
Apabila sampai di kediaman Count Dracula, Jonathan mendapati walaupun beliau adalah seorang tua yang uzur namun mempunyai pengetahuan luas mengenai banyak perkara.
Setelah beberapa hari di situ, Jonathan mendapati tuan rumahnya mempunyai kebolehan yang aneh dan luarbiasa.
Pada suatu malam, tiga wanita menyerang Jonathan dan cuba untuk menghisap darahnya tetapi ditegah oleh Count Dracula.
Dalam keadaan ketakutan, Jonathan cuba melarikan diri dengan memanjat turun dari istana tinggi itu.
Di England, Mina bertemu dengan rakannya, Lucy Westenra di bandar Whitby yang terletak berhampiran pesisiran pantai.
Masyarakat Whitby dikejutkan dengan penemuan sebuah kapal Rusia yang terdampar tanpa kehadiran seorang pun anak kapal. Hanya mayat kaptennya dijumpai dalam keadaan pucat dan kaku.
Sedang penduduk bandar memeriksa kapal itu, seekor anjing besar tiba-tiba meluru keluar dari kabin kapal dan melarikan diri ke hutan berhampiran.
Di dalam kapal tersebut, mereka menemui 50 buah keranda yang diisi dengan tanah.
Beberapa hari selepas peristiwa itu, Lucy mula mengalami keadaan berjalan sambil tidur hinggakan satu malam, Mina menjumpainya di tanah perkuburan didukung oleh lembaga hitam bermata merah.
Tidak lama selepas itu, Lucy mula menjadi lemah dan pucat. Rakan Lucy, Doktor Jack Seward meminta bantuan mentornya, Profesor Abraham Van Helsing untuk datang memeriksa dan merawatnya.
Abraham mendapati dua kesan gigitan di leher Lucy dan mengesyaki Lucy telah menjadi mangsa seorang pelesit.
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}