Dracula Untold (2014)

Dracula Untold (2014)
Pada abad ke 15, Putera Wallachia dan Transylvania, Vlad Draculea yang merupakan anak angkat Sultan empayar Uthmaniyah diberi latihan ketenteraan oleh para pengawal peribadi Janissari beliau sehinggalah dia menjadi seorang yang amat digeruni oleh pihak musuh kerana sifat tidak berperikemanusiaannya. 
 
Ini kerana dia membunuh semua yang menentangnya dengan menusuk mereka dengan lembing dan mempamerkan mayat mereka sebagai amaran sehinggalah Vlad diberi jolokan Vlad the Impaler.
 
 
Pada suatu hari, sedang mereka melakukan rondaan, Vlad dan askar-askarnya menjumpai sebuah topi perang di tebing sungai dan mensyaki sekumpulan askar peninjau Uthmaniyah sedang dalam perjalanan untuk menyerang wilayah mereka.
 
Mereka berpecah dua iaitu kumpulan pertama bergegas kembali ke istana untuk memberi amaran sementara kumpulan kedua mengikuti Vlad ke punca sungai tersebut iaitu gunung Broken Tooth Mountain.
 
 
Di atas gunung itu, mereka memasuki gua yang dipenuhi tulang-tulang dan rangka-rangka manusia.
Dalam kegelapan gua itu, mereka diserang dengan ganas oleh sebuah lembaga yang bergerak laju dan mempunyai kekuatan luarbiasa.
 
Vlad sempat melarikan diri ke istananya dalam keadaan cedera di mana seorang biarawan memberitahunya bahawa lembaga itu adalah seorang pelesit yang bernama Caligula.
 
 
Dahulunya, dia merupakan seorang pegawai Roman di mana disebabkan terlalu menginginkan kuasa dan kemewahan telah menyerahkan jiwa dan raganya kepada syaitan yang menipunya dan menyebabkan dia terperangkap di dalam gua tersebut.
 
Satu kumpulan perwakilan Empayar Uthmaniyah yang diketuai oleh Sultan Mehmed Kedua datang untuk mengambil bayaran ufti seribu wang perak tetapi kali ini, mereka juga menuntut 1000 anak lelaki untuk dilatih sebagai pengawal Janissari termasuk anak lelaki Vlad, Ingeras.
Walaupun Vlad menawarkan dirinya sebagai ganti, mereka tetap berkeras mahukan anaknya.
 
 
Tidak mempunyai pilihan lain, Vlad kembali ke Broken Tooth Mountain untuk meminta bantuan dari Caligula tetapi beliau memberitahu Vlad bahawa ia memerlukan pengorbanan besar dari Vlad.
 
Apakah yang diminta oleh Caligula itu?

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top