Drag Me to Hell (2009)

Drag Me To Hell

Seorang pegawai pinjaman kewangan, Christine Brown yang mendambakan kedudukan lebih tinggi dalam bank beliau diarah oleh majikannya, Jim Jacks supaya bersikap lebih tegas apabila melayan karenah pelanggan-pelanggan mereka.

.
Christine cuba membuktikan dirinya apabila pada satu hari, dia menolak permintaan seorang perempuan gipsi berumur yang bernama Sylvia Ganush.
.
Sylvia memohon agar tempoh pembayaran perjanjian pinjaman gadai ke atas rumahnya dilanjutkan untuk kali ketiga.
.
Namun apabila Christine tidak memberi persetujuannya, Sylvia melutut dan menangis merayu untuk diberi peluang terakhir kerana tidak mahu diusir dari tempat kediamannya.
Apabila usahanya itu tidak berjaya meraih simpati Christine, Sylvia diiring keluar oleh para pengawal keselamatan.
.
Sylvia menjadi berang dan menuduh Christine menconteng arang ke mukanya.
.
Kemudian setelah tamat waktu kerja, apabila dia masuk ke dalam keretanya, Christine tiba-tiba diserang Sylvia yang sedang bersembunyi menunggu di belakang tempat duduk.
.
Dalam pergelutan tersebut, Sylvia merengut butang baju kot Christine dan meletakkan satu sumpahan ke atasnya sebelum mengembalikannya kepada Christine.
.
Christine tidak sedarkan diri untuk seketika tetapi apabila dia terjaga, Sylvia sudah tiada.
Sekembalinya ke rumah, Christine diserang oleh satu lembaga yang menyeramkan.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top