Edge of the World (2021)

Edge of the World (2021)
Filem ini mengisahkan mengenai sejarah perjalanan James Brooke menjadi Raja Putih Sarawak yang pertama.
 
James, bekas tentera Bengal yang hilang minat dengan dasar penjajahan empayar British menggunakan wang yang ditinggalkan ayahnya untuk membeli sebuah kapal layar dan disebabkan ingin mempelajari budaya lain, beliau serta sepupunya, Kolonel Arthur Crookshank bersama anak saudaranya, Charlie melancarkan ekspedisi ke Kepulauan Borneo dari England pada tahun 1939. 
 
Kepulauan tersebut diperintah oleh Sultan Brunei yang sedang menghadapi pemberontakan dari masyarakat Dayak Sarawak kerana hidup ketakutan akibat sering mengalami serangan lanun. 
 
Setiba di Sarawak, James memperkenalkan dirinya sebagai seorang pengkaji dari The Royal Geographical Society dalam misi merekod kehidupan liar tempat itu.
Di sana, James dan kumpulannya bertemu dengan Putera Subu dan panglimanya, Pengiran Indera Mahkota.
 
 Kedua-dua Putera Subu dan panglimanya menaruh minat dengan kapal layar James yang mempunyai kelengkapan perang seperti meriam dan senjata api. Mereka melahirkan niat mereka untuk menggunakannya untuk menghapus kubu lanun yang dikenali sebagai puak ular.
 
 Dalam pergaulannya dengan masyarakat Dayak, James bertemu dengan seorang wanita bernama Fatima. Namun, walaupun dia jatuh hati dengannya, Fatima sudah dijanji untuk dinikahkan dengan kerabat
diraja.
  
Filem ini dibintangi oleh pelakon-pelakon tempatan seperti Bront Palarae, Shaheizy Sam, Wan Hanafi Su serta model Indonesia, Atiqah Hasiholan.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}

Share


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

 

 

Scroll to Top