ELI (2019)

ELI (2019)
Eli Miller, seorang budak lelaki yang mempunyai alahan kuat kepada persekitaran luar akibat penyakit autoimun sehinggakan dia terpaksa memakai pakaian hazmat perlindungan diri (PPE)
 
Ibubapanya, Rose dan Paul meminta bantuan Doktor Isabella Horn yang mempunyai pusat perubatan yang terletak di tempat terpencil, jauh dari kota.
 
Eli merasa gembira kerana dia tidak perlu memakai pakaian khasnya lagi tetapi sesi rawatan yang dijalani di pusat tersebut amat menyakitkan kerana kaedah-kaedah Isabella semua masih pada peringkat ujian.
 
Semasa di pusat itu, Eli mula mengalami kejadian-kejadian seram seperti melihat kelibat roh di cermin dan perkataan LIE muncul di tingkap.
 
Tidak lama selepas itu, Eli bertemu dengan seorang gadis bernama Haley yang mempercayainya apabila dia memberitahu mengenai perkara-perkara menyeramkan yang telah dialaminya. Haley memberitahu bahawa dia tidak pernah melihat pesakit-pesakit Isabella yang lain meninggalkan pusat tersebut.
 
Satu hari, Eli mendapati perkataan LIE bukanlah satu perkataan tetapi nombor 317 yang merupakan imej terbalik. Nombor itu juga ialah kata laluan untuk membuka pintu pejabat Isabella.
 
Apabila Eli menyemak fail-fail rekod bekas pesakit-pesakit Isabella, dia mendapati kesemua mereka mati setelah menjalani sesi rawatan terakhir.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top