End of Days (1999)

End of Days (1999)
Pada tahun 1979 di Kota Vatikan. Seorang paderi melihat komet bergerak melengkung di atas bulan menyerupai mata manusia. 
 
Dia bergegas mengeluarkan segulung kertas kulit dari sebuah kotak dan menyemak lukisan yang memaparkan fenomena yang sama dilukis di atasnya. Fenomena ini telah diramal oleh para mubaligh dahulukala yang dipanggil The Eye of God dan merupakan petanda buruk untuk dunia kerana ia menandakan bakal kelahiran seorang bayi perempuan yang akan melahirkan zuriat Syaitan apabila akil baligh.
 
Paus Vatikan mengarahkan seorang paderi ke bandar New York untuk mencari dan melindungi bayi tersebut daripada diseleweng oleh para pemuja Syaitan sebelum dunia memasuki abad baru.
 
Beberapa hari sebelum tahun baru 2000, Syaitan menjelma dari sistem pembetung bawah tanah dan mengambil alih tubuh seorang pegawai bank yang sedang menikmati makan malam dengan rakan-rakan sekerjanya di sebuah restoran. Sebaik saja ia berbuat demikian, ia meninggalkan restoran tersebut dalam keadaan musnah dan terbakar.
 
Beberapa hari kemudian, Jericho Cane, seorang bekas polis yang kehilangan arah hidup setelah isteri dan anak perempuannya dibunuh pembunuh upahan ditugaskan untuk memberi perlindungan peribadi kepada pegawai bank tersebut tanpa menyedari dia sudah dirasuk Syaitan.
 
Dapatkah Jericho menyedari perkara ini sebelum ketibaan tahun baru?

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top