ENTER NOWHERE (2011)

ENTER NOWHERE (2011)

  1. Okay, ni satu lagi filem berbentuk psychological thriller yang aku TERjumpa sewaktu jalan-jalan di IMDB. Kali ni, aku tertarik dengan tajuknya. Bila tengok trailer separuh, aku terus stop dan terus tonton filem penuh. (Bahaya tonton trailer banyak-banyak, nanti spoiler!)

  1. Bagi aku, filem ni menarik! Ideanya pun boleh tahan. Aku dah mula jangka plot twistnya sewaktu di pertengahan filem. Tapi, aku cuba menidakkan dan aku bermonolog.

“Eh, takkan lah kot!”

Rupa-rupanya apa yang aku jangka tu betul! Hahahaahah.. Adoiiii.. 🤣
Mari baca sinopsis.

  1. Bayangkan, kereta kau terbabas di sebuah jalan sunyi. Lantas, untuk minta bantuan, kau melangkah dan terus melangkah hinggalah kau terjumpa sebuah kabin. Kabin tu pula ada orang lain juga di dalamnya. Menariknya ialah penghuni kabin tu punyai kisah yang sama seperti kau. Sama-sama sesat. Sama-sama berlindung di dalam kabin yang sama.

😱Sejauh mana kepercayaan kau terhadap mereka?

  1. Ya, macam tu lah premis filem ni. 3 orang asing, dipertemukan di dalam sebuah kabin yang usang. Lebih membingungkan, sewaktu mencari jalan pulang, mereka masih lagi berpusing di tempat yang sama. Walau jauh perjalanan mereka, pengakhirannya masih tetap di kabin usang itu.

😱Apa misteri kabin usang sebenarnya?

  1. Tiba-tiba, kedatangan individu misteri yang ingin membunuh mereka mula membuka satu demi satu kisah silam antara mereka!
    Dan..
    Mereka saling berkait!

😱Apa sebenarnya kaitan antara tiga orang yang berbeza itu?

😱Siapakah individu yang ingin membunuh mereka?

Ayuh, sama-sama bongkar misteri filem ini!
Sumber imej: IMDB

kredit: Fikri Fiq

ps: adekeh yang dah layan movie ni gaisss???
☺️☺️☺️

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top