Tim Jenkin, (Daniel Radcliffe) dan kawan2nya di tangkap atas tuduhan ingin mengulingkan kerajaan. Ketika itu di South Africa, tentera gerilla sedang berkuasa, siapa2 yang terlibat dalam aktiviti politikal akan di tangkap. Ini menyebabkan Jenkin ditahan.
Walaupun cuba melarikan diri, mereka akhirnya di bawa juga ke satu penjara di Pretoria. Disinilah semuanya bermula.
Kehidupan di penjara macam biasa, semua benda dikawal. Tiada yang boleh berborak2 atau plan benda2 pelik. Semua diperhatikan. Jenkin tahu dia perlu juga keluar dari penjara ini untuk meneruskan misi mereka menyelamatkan negara itu dari cengkaman kuku besi.
Di penjara, Jenkins telah bertemu dengan Goldberg, seorang aktivis yang dikenakan 4 penjara seumur hidup. Kira tak boleh keluar sampai mati. Jenkins bertanyakan jika ada peluang untuk mereka melepaskan diri dari penjara ini. Rupanya Goldberg memang ada plan, tapi tidak mengalakan Jenkins dan kawan2nya kerana jika mereka silap langkah, mereka akan dibunuh terus.
Jenkin tetap optimis, hendak juga cuba melarikan diri. Ada 1 kelebihan Jenkin yang tiada pada banduan lain. Jenkins sangat teliti, mempunyai memori yang kuat dan pandai melukis. Dengan kelebihan ini, Jenkins mengatur rancangan untuk melarikan diri. Caranya adalah, membuat kunci pendua!.
Komited dengan plannya, setiap hari Jenkin akan cuba meneliti setiap inci kunci pintu cellnya ketika pengawal melakukan rondaan. Dan melakarnya didalam kertas yang berasing2an. Biasalah hidup dipenjara, aktiviti yang ada adalah kerja kayu. Jenkin mengunakan masa yang singkat ketika di bengkel untuk mengutip serpihan kayu dan cuba membuat kunci. Dengan berbekalkan pengasah kuku, Jenkin berjaya membuat kunci pertama.
Tapi sayangnya, baru cuba dah patah. Patah pula di dalam lubang kunci. Mengelabahlah dia, nak keluarkan kunci, dalam masa sama pengawal dah mula nak meronda.
Bermacam adegan cemas berlaku sepanjang misi membuat kunci pertama. Setelah berjaya menghasilkan kunci pertama. Dia perlu buat kunci ke2, iaitu kunci untuk keluar dari kawasan cell dan turun ke bawah. Setiap malam mereka akan mencuba kunci ke2 di pintu besar cell.
Setiap malam juga pengawal akan tiba pada masa yang sama. Perghh! memang cemas, sama je macam kunci pertama. Macam2 cara mereka lakukan untuk mengaburi mata pengawal. Ada juga banduan2 yang tak nak berkerjasama.
Hari berganti hari. 2 kunci telah berjaya di hasilkan. Setiap malam mereka akan turun ke bawah untuk membuat kunci ke 3. Jarak antara pintu ke 3 dan cell mereka agak jauh. Kelebihan yang ada adalah, pengawalnya gemuk dan slow. Ditingkat bawah ada 1 almari yang muat untuk masuk 3 orang sahabat ini. “Almari ini akan menjadi checkpoint kita untuk sembunyi dari pengawal malam”
.
Dapatkah mereka menghasilkan kunci ke 3?
Adakah itu sahaja pintu yang ada?
.
Sedikit SPOILER!, pada malam yang mereka nak larikan diri, ada masalah pula di almari itu.. adoi!
Siapa yang minat cerita cemas, kejar masa & mengelabah, wajib tonton movie ni. Pasti duduk hujung2 kerusi je bila layan. Lakonan mantap, pasti anda sekali berdebar dan cemas. Berpeluh wei layan movie ni.
.
.
.
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}