David Allen bersama teman wanitanya, Natalie pergi ke sebuah kabin terpencil dalam sebuah hutan kerana mahu membantu adiknya, Mia yang merupakan seorang penagih dadah.
Di situ, mereka bertemu dengan Mia, Olivia, seorang jururawat dan Eric, rakan baiknya.
Setelah beberapa waktu, Mia mula mengalami gejala-gejala seperti muntah dan berpeluh akibat memaksa dirinya berhenti mengambil dadah secara mendadak.
Dia juga menghidu bau daging reput yang membuatnya mual dan mendesak mereka yang lain untuk mencari dan membuangnya.
Walaupun tidak dapat menghidunya, David dan rakan-rakannya mencari punca bau tersebut.
David turun ke bilik bawah tanah kabin tersebut dan mendapati ia penuh dengan bangkai haiwan yang reput, selaras senapang dan buku antik yang bertajuk Naturom Demonto.
Walaupun ditegah, Eric membaca mantera daripada buku tersebut kerana memikirkan ia karut.
Mia tiba-tiba melihat seorang kanak-kanak perempuan berlumuran darah muncul di luar kabin tersebut dan mendesak mereka meninggalkan kabin itu dengan segera.
Malangnya, abangnya serta rakan-rakan lain tidak mengendahkannya kerana menyangkakan Mia sedang mengalami halusinasi akibat tidak dapat mengambil dadah.
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}