– Bila kau terjebak menangis sama –
Masa mula2 layan, aku dengan wife beria membahan screenplay movie nie yang kelihatan sangat “POYO”.
Tapi bila dah mula ketengahkan tentang kehidupan perkahwinan mereka, tak pasal aku dan wife beria menangis sampai kesudah.. hahahahaha!!
Sumpah aku tak sangka boleh terjebak sama layan emosi movie nie..
Mengisahkan cinta antara dua darjat, seorang lelaki jalanan yang bekerja sebagai kontraktor bernama Iskander, bertemu dengan gadis kaya yang sangat periang bernama Leyla.
Tanpa disangka jodoh telah menyatukan mereka sebagai suami isteri yang telah direstui oleh bapa si Leyla.
Konflik pun bermula apabila memory si Isteri mula beransur hilang (Demensia), hingga tidak dapat membezakan antara suami & bekas kekasihnya.
Jadi? Mampukah mereka kekal hidup bersama hingga akhir hayat? Dan kenapa beria sangat aku dan wife menangis? Boleh try layan haha..
Ada sebuah movie korea bertajuk A Moment To Remember, plot kedua film ini adalah sama.
Cuma apa yang membezakannya adalah olahan movie Turkey ini lebih mudah dihadam kerana plotnya yang lebih ringan, senang cerita straight to the point, tak perlu terlalu artistik sangat. Bagi aku mood emosi tu lebih mudah untuk sampai kehati. Walaupun ada sesetengah scene tu kelihatan poyo haha..
Lebih2 lagi konflik antara si bapa & si suami merebut hak mereka.. fuh! memang menusuk jiwa!
So untuk suami isteri yang jenis hati tisu dengan cinta hati korang..
movie ini adalah pilihan tepat untuk eratkan lagi hubungan cinta korang tu heheh.. selamat menonton!
Personal rate : 9/10 aku bagi tinggi sebab nangis haha!
P/s: Pelakon nama Leyla nie lawa betul mata & senyuman dia.. syukur aku dapat isteri yang mata & senyumannya cantik macam si Leyla nie heheh
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}