Exposed (2016)

Exposed 2016
Filem separa Sepanyol dan separa Inggeris ini mengisahkan mengenai seorang isteri muda, Isabel De La Cruz yang terlihat seorang malaikat serba putih pada satu malam semasa beliau sedang menunggu di stesen keretapi bawah tanah.
 
Malaikat itu terapung dan berjalan di atas udara yang membuat Isabel terpegun.
Lewat pada malam yang sama, seorang polis bernama Joey Cullen ditemui mati di stesen yang sama dengan sebilah pisau ditikam di belakangnya.
 
Pembunuhan itu mendapat perhatian rakan sejawatnya, Scott Galban yang bertekad mahu mencari pembunuhnya.
Penyiasatannya membawa kepada seorang pengedar dadah bernama Black.
 
Scott mendapat tahu bahawa Joey telah memeras ugut Black serta mahu berkongsi keuntungan hasil daripada aktiviti haram Black.
Sementara itu, Isabel mula melihat bayangan seorang perempuan Asia yang disyakinya juga seorang malaikat di mana saja dia berada.
 
Dia juga mendapati dirinya hamil walaupun sudah sekian lama tidak bersama suaminya, Jose, seorang askar yang bertugas di medan peperangan.
Berita ini tidak diterima dengan baik oleh keluarga Isabel yang melahirkan prasangka buruk terhadapnya.
 
Sedang Scott meneruskan penyiasatannya, ketuanya, Leftenan Galway mengarahkannya untuk menutup sahaja kes pembunuhan Joey kerana dia tahu Joey mengambil rasuah dan tidak mahu isteri Joey, Janine disekat duit pembayaran pencen Joey.
 
Siapakah pembunuh Joey dan mengapa Isabel sering didatangi malaikat-malaikat itu?
 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top