Extremely Wicked, Shockingly Evil and Vile (2019)
⭐ Diinspirasikan Dari Kisah Benar⭐
Mengisahkan Ted Bundy atau nama sebenarnya Theodore Robert Bundy seorang psychopath dan lagenda pembunuh bersiri yang sangat kejam dan mengerikan yang hobinya adalah menculik, merogol dan membunuh gadis-gadis muda.
Dia mengaku yang dia telah melakukan sebanyak 36 pembunuhan di 7 negara antara tahun 1974-1978, mungkin juga jumlah korbannya lebih dari itu. Ted Bundy telah dihukum bunuh pada tahun 1989 oleh Hakim Cowart (lakonan John Malkovich).
Lily Collins membawa watak Liz Kendall sebagai seorang Janda muda dan kekasih Ted dalam filem ini, mempunyai seorang anak perempuan hasil dari perkahwinannya yang terdahulu. Apa yang mengejutkan Liz tahu segala perbuatan Ted namun dia tetap mencintainya dan menyembunyikannya dari pihak berkuasa.
Berbekalkan wajah yang kacak dan pandai memujuk…ramai gadis mudah jatuh ke perangkap Ted Bundy dan kebanyakkan mangsa Ted adalah gadis berambut panjang dan berwarna hitam. Setelah dia culik, dia akan rogol kemudian dia akan pukul mangsanya sampai mati dengan kejam sekali!
Namun siapakah yang berhasil membuatkan Ted Bundy ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
Filem ini dikatakan merupakan salah satu filem terbaik yang pernah ditayangkan pada 2019.
Ditambah dengan adanya para pelakon hebat seperti Zac Efron dan Lily Collins membuatkan filem ini mempunyai tarikan dia tersendiri walaupun ada beberapa perubahan yang dibuat dalam filem ini oleh Michael Werwie untuk menjadikan plotnya lebih menarik.
Watak Zac dalam filem ini memang sangatlah kena dengan dia, kita dapat rasakan emosi dan kekejaman yang dia lakukan hanya dengan expression kat wajah dia dan pandangan matanya.
Anda boleh mulakan dengan membuat pembacaan kisah asal Ted Bundy ini dulu sebelum mula menonton filem ini. Sebab tak semua kisah dan latar belakang sebenar Ted ada dimasukkan dalam filem ini. Salah satunya Ted ini ada Isteri yang bernama Carole Ann Boone dan seorang anak perempuan Rose Bundy dari tahun 1980 dan bercerai pada tahun 1986.
Salah satu kisah dia ada didokumentarikan di Netflix dengan tajuk “Conversations with a Killer: The Ted Bundy Tapes”, semua dari scene asal, bagaimana penyiasatan dijalankan dan cara Ted bunuh mangsa-mangsanya.
Be the first to leave a review.