EYE FOR AN EYE (2019)

EYE FOR AN EYE (2019)

– Sesak nafas bila tonton –

 
Bayangkan kau berkerja sebagai nurse disebuah pusat penjagaan warga tua, tanpa disangka orang tua yang perlu kau jaga itu ada “PABLO ESCOBAR” seorang drug cartel terkemuka dunia? Apa yang kau akan lakukan? Terus jaga? Atau berhenti kerja?
 
Eye For An Eye mengisahkan seorang druglord Spain (Antonio Padin) yang diberi keampunan keluar dari penjara, kerana isu kesihatannya berkaitan sakit tua.
Apa yang menarik, Antonio ingin menghabiskan sisa akhir hidupnya dirumah warga tua berbanding duduk bersama anak2nya.
 
Muncul Mario seorang ketua nurse yang diamanahkan untuk menjaga Antonio.
 
Dari sikap gila & panas baran Antonio selama ini, ianya berjaya diubah oleh Mario sehinggakan seluruh pusat warga tua tersebut sangat mengkagumi keakraban mereka berdua sebagai pesakit & nurse.
 
Tapi ada suatu perkara misteri berkaitan latar kehidupan Mario sebelum ini, yang menyebabkan konflik movie ini menjadi semakin rumit dan parah.
Lebih2 lagi ianya berkaitan dengan isteri Mario yang bakal melahirkan anak pertama mereka.
 
Bagi aku filem ini berjaya diketengahkan dengan sangat baik dari pelbagai aspek, terutama lakonan hebat  pelakon legenda Xan Cejudo sebagai lelaki tua yang uzur.
Begitu juga dengan olahan plot diakhir movie ini, yang sememangnya berjaya membuatkan tahap adrenaline tontonan aku menjadi sangat tinggi, apabila aku menonton scene Mario bergegas untuk melihat anak dan isterinya.
 
Sumpah stress! Haha!
 
Kesimpulan yang boleh aku huraikan, sesuatu perkara buruk yang kita lakukan pasti ada pembalasannya satu hari nanti. Tak kiranya kita berada dipihak yang benar atau pun salah.
Sebab buruk baik seseorang itu Allah swt sahaja yang tahu.
 
Jadi kalau korang nak rasa sesak nafas dan stress macam aku, ini adalah pilihan movie yang paling tepat untuk korang tonton!
Ini movie ke6 aku bagi full mark dari tahun 2019 hingga 2021. ??????????
 
Boleh ditonton didalam Netflix! ??
 
Personal rate : 10/10
Rotten : 89/100%
IMDb : 6.5/10
 
P/s : Aku tertarik kalau movie nie boleh diremake ke versi hollywood, Leonardo sebagai Mario(nurse) dan Robert De Niro (Antonio).. sure padu!
Oh last! scene lahirkan baby tu.. sumpah real.. macam mane dieorang buat eh? ????????

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top