FABRICATED CITY (2017)
Kwon Yoo (Ji Chang Wok) seorang atlet Taekwando, kemudian menjadi penganggur gamer tahap dewa yang dipuja-puja oleh pengikutnya telah diperangkap dan dijadikan kambing hitam untuk satu konspirasi terancang yang melibatkan jenayah seksual dan pembunuhan seorang gadis.
Dalam penjara pula, Kwon Yoo dibuli, disepak terajang setiap hari tanpa belas kasihan! Sehinggalah satu hari dia dapat khabar yang ibunya telah bunuh diri dan meninggal dunia.
Mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan kematian ibunya, Kwon Jo membuat perancangan untuk meloloskan diri dari penjara.
Siapa sangka, satu kumpulan gamer yang diketuai “Mr Hairy” telah siap sedia diluar untuk membantu Kwon Jo membersihkan namanya dan menjejaki dalang jenayah tersebut.
Siapakah dalang disebalik konspirasi jenayah yang sangat licik ini? Dapatkah Kwon Jo si gamer dewa yang diberi jolokan “Kapten” dan para pengikutnya dapat mengatasi kelicikan dan kepandaian dalang konspirasi jenayah itu?
Fuhh guys! Filem ini WAJIB menjadi tontonan anda kerana sub-plot filem ini berjalan dengan begitu rancak dan penuh dengan babak-babak emosi, mendebarkan dan kejutan demi kejutan dari aksi-aksi hebat Kwon Jo dan para pengikutnya. Tidak kurang hebat juga watak villain yang menjadi dalang kepada jenayah terancang ini..huhhh memang tidak dijangka!!
Be the first to leave a review.