Fallen (1998)

Fallen (1998)
Filem ini mengisahkan mengenai seorang polis detektif Philadelphia, John Hobbes yang menghadiri hukuman mati seorang pembunuh bersiri, Edgar Reese yang bakal dimatikan melalui renjatan elektrik. 
 
Sebelum dijatuhkan hukuman, Edgar memohon untuk berjumpa dengan John dan sedang mereka berdebat rancak, Edgar tiba-tiba menyambar tangan John dan membaca sesuatu dengan terkumat-kamit.
 
John tidak mempeduli kelakuan ganjil Edgar itu dan berpuas hati apabila melihat Edgar dijatuhkan hukuman mati walaupun beliau kelihatan gembira.
Beberapa hari selepas itu, John dan rakannya, Jonesy mula menemui beberapa mangsa pembunuhan yang dilakukan dalam kaedah yang sama seperti kaedah pembunuhan Edgar.
 
John dan Jonesy mengesyaki bahawa wujud pembunuh kedua yang meniru gaya pembunuhan Edgar.
 
Siasatan petunjuk-petunjuk yang ditinggalkan oleh pembunuh tersebut membawa John menemui seorang wanita, Gretta Milano.
Gretta menerangkan ayahnya, seorang bekas detektif seperti John telah membunuh diri di pondok percutian terpencil milik keluarga mereka setelah menjadi suspek utama dalam pembunuhan-pembunuhan serupa kes-kes yang sedang disiasat John.
 
John mengunjungi pondok tersebut di mana dia menemui buku-buku mengenai rasukan syaitan di bilik bawah tanah.
Dia juga menjumpai nama Azazel ditulis oleh ayah Gretta di atas dinding bilik tersebut.
 
Azazel merupakan seorang malaikat yang berpaling tadah dan memberontak terhadap Tuhan.
 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top