Fantasi / Fantasia (1991)

Fantasi (1994)

Pengarah: Aziz M Osman
Pelakon: Erma Fatima, Mustafa Kamal, Kuza, Melissa Saila, Zarina Zainuddin & Faizal Hussein
Klasifikasi: PG13 Rating Peribadi: 5/5

Sesekali nak down to the memory lane.
Mungkin separuh dari ahli grup ni adalah generasi Z. Saya sebagai generasi Y ingin memperkenalkan filem yang boleh dianggap adikarya Aziz M Osman, yang akhirnya di gam /banned kerana terdapat unsur tahyul dan syirik melampau oleh Lembaga Penapisan Filem pada waktu itu.

Saya menontonnya buat kali pertama pada tahun 1996, menerusi VHS.
 
Fantasi seperti judulnya mengisahkan tentang Ratu Silbi (Iblis yang dieja terbalik) yang hidup ratusan tahun dengan mengamalkan ilmu syirik selain membunuh, merogol dan meminum darah anak dara untuk kekal muda. Dalam masa yang sama, Dara si gadis suci membuat sumpah di malam perkahwinannya – pantang mengecap kebahagiaan selain dari suami sendiri- telah dibunuh Ratu Silbi.
 
Roh Dara tidak tenteram selama ratusan tahun dan ingin menuntut balas dengan merasuki gadis moden tetapi masih naif dan suci bernama Nora.
 
Premis ceritanya sangat bagus. Fantasi kan? What do you expect. Malahan kesan khas dan juga solekan Micheal Gunther terutama Ratu Silbi juga sangat menggerunkan. Gerun pada tahun itu ya. Paling saya suka adalah skor musik yang ditata kemas oleh Azman Abu Hassan.
 
Tona seram, mistik dan misteri oleh komposer handalan ini juga sesuatu yang jarang dijumpai dalam sinema Malaysia seperti teknik zoom in out sinematografer Mad Nor Kassim (yang sangat sinonim dengan Kabir Bhatia)
 
Skor muzik openingnya juga menarik.
 
PS: Pernah secara tak malunya DM abang Aziz M Osman agar filem ini dinaiktaraf ke HD seperti Leftenen Adnan. Juga pernah cadangkan kepada siar.my untuk masukkan filem ini dalam arkib mereka.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top