~Part 3 baru keluar gais!~
Tak sangka cerita ni ada sedikit plot twist!
Hahahahah.. Ketiga-tiga filem ini aku tonton bersama kawan-kawan secara online menggunakan Scener (ala-ala konsep Google Meet). So, agak meriahlah tengok beramai-ramai untuk filem macam ni. Kau boleh tengok kawan kau jerit, gelak sama-sama, tutup mata sama-sama. Serius meriah weh!

Untuk filem ni, kami semua sepakat yang part 2 merupakan bahagian terbaik untuk trilogi ni. Part 3 ada dua bahagian, namun ada plot twist yang menyedihkan (seriussss aku geram). Untuk part 1 pula, kami rasa biasa-biasa je! (Habislah aku kena kecam, sebab ramai yang suka part 1 kan.. Relaks, selera masing-masing weh!
)
SINOPSIS RINGKAS
Filem ini bakal membawa kalian mengenali sebuah bandar telah disumpah oleh seorang ahli sihir bernama Sarah Fier. Selama 300 tahun, telah banyak kes p3mbunuh@n berlaku dengan begitu k3j@m! Yang peliknya, p3mbunuh tu pula datangnya daripada orang yang tak disangka-sangka seperti paderi, budak lelaki, gadis yang sopan dll)
Penemuan demi penemuan menemukan bahawa wujud sebuah gua misteri bawah tanah yang terukir nama-nama p3mbunuh tersebut pada dindingnya! Maka, orang jadi makin pelik! 




Oh ya, hati-hati dengan EL. GEE. BEE. TEE

Sumber imej: The Playlist
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}