Fenomena (1990)

Fenomena (1990)
Filem yang berdasarkan lagu hit kumpulan rock tanahair, Search ini bermula di Bukit Besi, Terengganu pada tahun 1966. 
Sepasang suami isteri British yang ditugaskan untuk mengurus lombong besi di situ, keluarga Howell mendapati Isabella, anak perempuan mereka tidak berhenti menangis-nangis sepanjang hari.
 
Pada malam itu, doktor keluarga datang untuk merawat anak mereka tapi tidak dapat mengesan sebarang sebab mengapa Isabella berkeadaan begitu.
 
Setelah doktor tersebut beredar selepas meninggalkan ubat untuk anak mereka, tukang kebun mereka, Wak Labib yang juga merupakan seorang pawang di kampungnya menawarkan untuk mengubati Isabella dengan menjampinya kerana kasihan.
Walaupun mendapat tentangan keras dari isterinya, Encik Howell memberi keizinannya.
 
Setelah Wak Labib berbuat demikian, Isabella berhenti menangis dan kembali normal.
24 tahun kemudian, pada bulan Januari, 1990, Isabella yang baru menamatkan pengajiannya di universiti London kembali ke Malaysia namun ditahan di bahagian pemeriksaan kastam di lapangan terbang antarabangsa Subang kerana peralatan menyuntik ubat yang dibawanya.
 
Setelah Isabella menunjukkan surat perubatannya, dia mengambil teksi ke Kuala Lumpur.
Pada malam itu, Isabella mengalami serangan panik dan hampir-hampir dilanggar oleh van kumpulan pemuzik yang menyebabkan beliau tidak sedar diri.
 
Apabila dia bangun, Isabella mendapati dirinya berada di kediaman kumpulan pemuzik itu yang diketuai oleh Suhaimi atau Amy.
Pada mulanya, perhubungan Isabella dengan ahli-ahli kumpulan itu tidaklah baik tetapi lama kelamaan, perhubungan tersebut menjadi mesra.
Semasa bersendirian, Isabella merakamkan detik-detik peristiwa yang menyebabkan beliau kembali ke tanah kelahirannya.
Doktor-doktor di England tidak dapat merawat penyakit yang dialaminya sejak kecil itu lagi dan meramalkan Isabella akan menemui ajalnya dalam masa enam bulan.
 
Setelah mendengar sejarah penyakitnya dari ayahnya, Isabella pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan Wak Labib kerana dia yakin beliau dapat mengubati penyakit misterinya itu secara tradisional.
 
Secara kebetulan, dia menjumpai gambar Wak Labib di biliknya dan setelah bertanya dengan Amy, mendapat tahu abang Amy, Azlan ialah menantu kepada Wak Labib yang tinggal di sebuah kampung nelayan di Terengganu.
 
Semasa Azlan belajar muik di London, isterinya, anak Wak Labib telah meninggal dunia tetapi tidak diberitahu berita buruk itu oleh ayah mertuanya.
Apabila Azlan kembali ke Malaysia, dia menyerahkan kediamannya kepada Amy dan kembali ke kampung halaman isteri untuk bekerja sebagai nelayan demi mencari nafkah untuk dia dan anaknya, Seri.
 
Isabella meminta Amy untuk membawanya berjumpa Wak Labib dan mereka pun berlepas ke Terengganu.
Setiba mereka di situ, Wak Labib terkejut melihat Isabella yang sudah dewasa dan menjemputnya untuk tinggal di kediamannya bersama dia dan isteri agar Isabella dapat mengalami sendiri kehidupan kampung.
 
Isabella cuba memperkenalkan dirinya kepada Azlan tetapi tidak diendahkan oleh beliau kerana menyangka Isabella gadis orang putih yang tidak mengerti kesukaran hidup yang dihadapinya.
 
Wak Labib menerangkan cucunya, Seri mengidap penyakit jantung berlubang menyebabkan Seri seringkali sesak nafas. Disebabkan belanja pembedahan jantung di luar negara adalah terlalu mahal, ini memberi tekanan yang amat sangat ke atas Azlan menyebabkan dia tidak mahu bersosial dengan masyarakat di kampung itu.
 
Dapatkah Isabella mencari jalan penyelesaian untuk merawat Seri sedangkan masa semakin suntuk untuk dirinya sendiri?
 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top