Filem : HUGO (2011)

HUGO (2011)

Calon Best Picture OSCAR 2012 (Termasuklah 11 pencalonan OSCAR dan 5 kemenangan) ๐Ÿ˜ฑ

Baiklah, aku rasa filem ni sangatlah sesuai dengan tema #jamdalamdwFilem arahan Martin Scorsese ni membawa penonton menelusuri kehidupan anak yatim bernama Hugo yang TERPAKSA bekerja di dalam sebuah jam besar di tengah-tengah bandar secara sembunyi (kesian gila dia ni. Punyalah survive nak hidup). ๐Ÿ˜ญ

Hati dan minda penonton akan dijentik dengan nuansa misteri apabila filem ini menyajikan sebuah robot usang yang unik (aku pun tak pasti robot ke apa benda alah tu ๐Ÿ˜†). Sayangnya, kunci robot tu tak ada! Maka, gigihlah Hugo mencuba macam-macam cara untuk jadikan robot tu berfungsi.

๐Ÿ˜ฑApa yang robot tu boleh buat di era 1930-an?
๐Ÿ˜ฑApa kaitan robot itu dengan sejarah hidup orang yang tidak disangka-sangka oleh Hugo?

Filem ini ada falsafahnya. Filem ini juga indah sinematografinya sehinggakan memenangi Best Cinematography dalam OSCAR 2012 ya!

Penonton juga akan dihidangkan dengan rutin harian Hugo menguruskan jam gergasi itu yang aku kira agak menarik. Cumaaa.. Sayangnya, aku tak mampu nak hadam filem ni betul-betul. Bila mata aku dah mula kuyu, mulut menguap, maka apalagi.. Fast forward je mampu ๐Ÿ˜†

Sekian, ulasan ringkas. Okay, terima kasih ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

kredit: fikri fiq

ps: Film tercalon dengan OSCAR ni memang layan kannn gaisss???
๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€ ๐Ÿ˜€

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top