Filosofi Kopi (2015)

Filosofi Kopi (2015)
Jody mengusahakan sebuah kafe yang diberi nama Filosofi Kopi bersama rakan kongsinya , Ben yang juga sahabatnya dari kecil.
 
Setelah beberapa lama mengusahakan bersama , perniagaan mereka mengalami kemerosotan dan dibebani banyak hutang . Jody yang mengendalikan hal kewangan manakala Ben selaku Barista yang berpengalaman cuba memikirkan beberapa cara dan strategi untuk menyelamatkan Filosopi Kopi meskipun pendapat mereka sering bercanggah.
 
Pada suatu hari , Ben didatangi oleh seseorang yang menawarkan kepadanya 100jt Rupiah sekiranya beliau mampu menghasilkan kopi terbaik  di Jakarta dan sebaliknya jika beliau gagal. Berbekalkan kepakaran dan keyakinannya , Ben terus menyetujuinya manakala Jody pada awalnya kurang bersetuju akan keputusan Ben kerana memikirkan risiko yang bakal dihadapi sekiranya gagal.
  
Dari situlah mereka cuba mendapat bekalan biji kopi terbaik agar dapat menghasilkan kopi yang terbaik.
Namun berlaku ketegangan diantara mereka disebabkan sikap Ben yang terlalu obses pada kopi ditambah lagi dengan keegoannya sehingga tidak boleh menerima sekiranya ada kopi yang jauh lagi baik berbanding kopinya sendiri.
 
Jalan ceritanya memang menarik , membuat kita terus kusyuk dan sangat bermotivasi. Banyak mesej sebenarnya disampaikan dalam filem ini . Filem ini juga meraihkan beberapa anugerah serta pencalonan di Indonesia . Sekuel filem ini di release pada 2017 . Jika ada kelapangan , review untuk filem sekuelnya akan dibuat .
 
SELAMAT MENONTON
 
Duration: 1 hrs 57mins
7.1/10
 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top