Find Me In Your Memory (2020)
Kisah yang penuh melodrama, unik, plot penceritaan yang sangatlah menarik dan penuh emosi. Bergenre romantik, namun beberapa kisah tragedi yang menimpa watak2 utamanya ini menjadikan drama ini membuatkan kita turut sama merasa THRILL ketika babak-babak mencari si pembunuh misteri itu, bukan setakat pembunuh sahaja..STALKER YANG MENAKUTKAN PUN ADA!!
“Find Me In Your Memory” merupakan sebuah drama #romantik #misteri #thrillerpsycho mengisahkan tentang dua insan yang berkongsi MEMORI PAHIT dengan PERISTIWA KEJAM yang sama namun mereka tidak mengenali satu sama lain.
“Apa yang anda akan lakukan jika memiliki memori mengingati setiap detik peristiwa dari sejak dilahirkan?? Dan bagaimana pula jika anda tergolong antara orang yang tidak mempunyai memori langsung??”
Lee Jung-hoon (lakonan Kang Doong-wook) adalah penghidap “Hyperthymesia”. Penyakit yang juga dikenal sebagai Highly Superior Autobiographical Memory (HSAM) ini menyebabkan penghidapnya tidak boleh melupakan satu perkara/peristiwa apapun yang telah berlaku di kehidupannya walau untuk sedetik dan ini termasuklah ingatan yang paling buruk sekalipun.
Salah satu peristiwa paling buruk yang pernah Jung-hoon alami apabila dia telah menyaksikan kematian tragis kekasihnya sendiri di depan matanya. Dan memori inilah yang sentiasa menghantuinya sehingga mengubah Jung-hoon menjadi seorang yang keras hati, dingin dan tidak mudah didekati.
Berbeza pula dengan Yeon Ha-jin (lakonan Moon Ga-Young) yang langsung tidak dapat mengingati masa silamnya. Dia hanya boleh mempunyai dan mengingati perkara-perkara yang Indah dan gembira. Ha-jin juga tidak terkecuali dari mempunyai masa silam yang buruk, satu insiden telah menyebabkan dia tidak mampu lagi menyimpan memori buruk bahkan tidak mempunyai perasaan dendam langsung terhadap si pelakunya.
APA PULA HUBUNGAN ANTARA MEREKA BERDUA INI??
Mereka tidak mengenali satu sama lain tapi yang menariknya setiap kali Jung-hoon dan Ha-jin bertembung dan berdekatan, memori Jung-hoon terhadap kekasihnya Seo-Yeon yang telah mati itu tercetus kembali. Kemudian dia mendapat tahu yang Ha-jin ialah BFF kekasihnya itu. Namun Ha-jin telah melupakan kenangan silamnya dan Ha-jin langsung tidak ingat siapakah Seo-yeon.
Rupa-rupanya Seo-yeon telah mati dibunuh oleh pembunuh misteri!!
Dapatkah Ha-jin mengingati semula kejadian yang menimpa BFF nya? Apakah yang menyebabkan Ha-jin tidak mengingati dan menyimpan memori silamnya?
Bagaimana pula Jung-hoon? Dapatkah dia mencari pembunuh sebenar kekasihnya?
WORTH OF WATCHING!! Hanya 16 episod sahaja!
Be the first to leave a review.