Fire in The Sky (1993)

Fire in The Sky (1993)
Filem ini mengambil tempat di kawasan pergunungan White Mountains di bandar Snowflake, daerah Arizona pada malam 5 November, 1975.
 
Setelah sehari suntuk bekerja, kumpulan pembalak Travis Walton, Mike Rogers, Allan Dallis, David Whitlock, Greg Hayes dan Bobby Cogdill memandu dalam perjalanan pulang melalui kawasan hutan rimba.
 
Tiba-tiba, satu cahaya merah yang bersinar terang muncul di langit malam. Walaupun ini menjadikan mereka merasa gementar, perasaan ingin tahu menyebabkan mereka menukar arah hala panduan mereka untuk menyiasat cahaya tersebut.
 
Mereka terkejut apabila melihat sebuah objek gergasi bersinar yang sedang terapung-apung di udara.
Walaupun rakan-rakan lain cuba menghalangnya, Travis turun dari trak dan menghampiri objek tersebut untuk melihat dengan lebih dekat. Namun, Travis tiba-tiba disambar sejenis cahaya yang menyebabkan dia tercampak ke belakang dengan kuat.
 
Dalam ketakutan, rakan-rakan Travis yang lain bergegas memandu meninggalkan beliau setelah menyangkakan dia sudah mati.
Mike yang bertukar fikiran, memandu semula ke tempat tadi untuk mencari Travis tetapi dia tidak ada di situ.
 
Kemudian, mereka memandu ke bandar di mana mereka melaporkan kejadian itu kepada Sherif Blake Davis and dan Leftenan Frank Watters.
Dalam siasatan mereka, Frank mendapati Travis dan Allan bermusuhan di tempat kerja lalu mula mengesyaki mungkin Travis telah dibunuh.
 
Beberapa hari kemudian, setelah pencarian besar-besaran tidak dapat mencari mayat Travis, kelima-lima pembalak itu diarahkan untuk mengambil ujian poligraf. Keputusannya tidak meyakinkan dan mereka disuruh kembali keesokkan hari untuk mengambilnya sekali lagi.
 
Ini membuat pembalak-pembalak itu berang dan pulang setelah menyuarakan bantahan keras.
Penyelia ujian memberitahu Blake dan Frank kesemua pembalak itu sebenarnya lulus ujian poligraf cuma keputusan Allan sahaja yang tidak lulus penuh.
Lima hari kemudian, Mike menerima satu panggilan dari sebuah stesyen minyak yang mahu dia pergi ke sana.
 
Dia terkejut apabila mendapati Travis menunggunya di situ dalam keadaan amat lemah dan tidak mempunyai sebarang pakaian. Travis meracau-racau dan berkelakuan seperti tidak tahu di mana dia berada.
 
Mike menghantar Travis ke bilik kecemasan di hospital berdekatan di mana dia dirawat untuk kehilangan air yang banyak dari tubuh.
Beberapa minggu kemudian setelah keluar dari hospital dan kembali pulang ke rumah, Travis mula mengalami gangguan jiwa dan melihat wajah-wajah aneh dalam mimpinya.
 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top