FLIGHT CREW (2016)

FLIGHT CREW (2016)

Mereka ditugaskan untuk satu misi menyelamat di sebuah Pulau di Kanwoo yang terkenal sebagai pusat peranginan yang dikelilingi dengan Gunung Berapi. Di mana pulau tersebut hampir musnah dan hancur apabila berlakunya gempa bumi dan gunung mula meletus dan mengeluarkan lava nya yang sangat dahsyat!

.
Babak minit ke 1:35:20 sangat sebak dan babak yang PALING KEMUNCAK DAN GILA adalah apabila mereka perlu memindahkan semua krew dan penumpang dari satu kapal ke kapal lain ketika sedang terbang diruang udara! Sungguh tidak dapat diterima akal! Anyway, it just a film, who cares! Yang penting memang sangat mencemaskan dan mengerikan!

.
Namun, mampukah mereka semua melalui saat² getir itu dengan selamat sebelum salah satu kapal tersebut terhempas? Dan dapatkah mereka semua kembali dengan selamat? HIDUP MATI MEREKA HANYA BERGANTUNG KEPADA SEORANG “FLIGHT CREW”, GUSHCHIN

.
Sepanjang 2 jam 18 minit, untuk 50 minit pertama, plot filem ini agak perlahan tapi tetap menghiburkan dan mencemaskan serta tidak membosankan kerana kita akan disajikan dengan pengenalan karakter-karakter, kisah romantik, keluarga, dan fokus terbesar adalah watak utama filem ini iaitu GUSHCHIN yang merupakan pilot kapal tentera kargo sebelum ini. GUSHCHIN yang keras kepala, degil namun seorang pilot yang sangat prihatin dan penuh semangat!

.
Ini adalah salah satu filem bertema Disaster yang melibatkan kapal terbang YANG TERBAIK sis pernah tonton selain daripada SULLY (2016) dan FLIGHT (2012).
Kenapa?

.
Sebab filem ini digarap dengan baik dari segi penyampaian kisah tentang keberanian dan pengorbanan manusia, sifat kasih mengasihi sesama manusia tanpa mengenal latar belakang, cukup emosi tapi menarik dan memberi inspirasi!
Filem ini juga telah merangkul beberapa anugerah dari Golden Eagle Awards, Russia (2017) seperi BEST VISUAL EFFECT, BEST SUPPORTING ACTOR, BEST FILM EDITING, BEST SOUND dan BEST MUSIC.

.
Rating Peribadi 8/10

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top