FLIGHTPLAN (2005)

Flightplan ialah filem thriller psikologi misteri yang menceritakan kisah Kyle Pratt (Jodie Foster) seorang jurutera penerbangan Amerika yang berpangkalan di Berlin , baru kematian suaminya yang mahu terbang pulang ke Amerika Syarikat bersama anaknya Julia. Kyle membawa bersama mayat suaminya yang disimpan dalam keranda untuk ditanam di Amerika.

Pesawat yang mereka berdua naiki tu adalah pesawat yang Kyle reka bentuk, Elgin E-474 serba baharu yang dikendalikan oleh Aalto Airlines. Semasa dalam pesawat, Kyle tertidur seketika, apabila dia terjaga dari tidur, dia menyedari Julia hilang. Yang musykil nya tiada seorang penumpang pun di dalam pesawat tu ingat atau perasan yang Kyle bersama Julia.

Kyle dah separuh nak gila mencari anaknya, keadaan di dalam pesawat menjadi huru hara. Yang lebih membuatkan keadaan menjadi huru hara apabila Kyle diberitahu oleh pramugari yang nama Julia tiada dalam rekod penerbangan. Kyle cuba untuk menunjukkan pas penerbangan anaknya tetapi pas dan beg galas anaknya hilang. Kyle cuba meminta bantuan semua krew dan penumpang untuk mencari anaknya, dia syak anaknya di culik.

Tetapi perbuatan dan tingkah laku Kyle diragui oleh semua apabila Kapten mengatakan dia dapat panggilan dari Hospital di Berlin, di mana hospital yang menguruskan urusan mayat suaminya mengesahkan yang Julia sudah meninggal dunia di hospital yang sama bersama suaminya. Jadi mereka menganggap yang Kyle ni mempunyai emosi dan mental yang tidak stabil selepas kematian anak dan suaminya.

Namun Kyle menegaskan yang anak nya masih hidup dan kini dalam bahaya. Apakah yang terjadi sebenarnya?? Adakah Julia masih hidup atau memang sudah meninggal dunia. Ada plot twist dalam filem ni.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top