Filem ini ialah sekuel kepada filem 1961 The Guns of Navarone dan mengisahkan mengenai usaha memburu Nicolai yang telah membelot dan mendedahkan unit misi Navarone sebelum ini kepada pihak Jerman.
Pada tahun 1943, askar-askar komando British, Mejar Keith Mallory dan Sarjan Dusty Miller mendapat maklumat sulit Nicolai telah menyamar sebagai anggota Angkatan Darat Pembebasan Kebangsaan Yugoslavia dan telah mengambil nama baru, Kapten Lescovar.
Dalam misi baru ini, mereka mendapat bantuan unit sabotaj Amerika yang digelar Force 10.
Force 10 diketuai oleh Leftenan Kolonel Mike Barnsby, seorang Renjer Tentera Amerika, Sarjan Weaver dan Leftenan Doug Reynolds.
Untuk pergi ke Yugoslavia, mereka merampas kapal pengebom Lancaster British tetapi dalam perjalanan ke sana, mereka diserang oleh kapal tentera udara Luftwaffe Jerman dan ditembak jatuh.
Namun, mereka terselamat dan bertemu dengan beberapa ahli pergerakan Chetnik yang diketuai oleh Kapten Drazak.
Mereka ditangkap dan diserahkan kepada pihak Jerman yang diketuai oleh Major Schroeder.
Untuk mengelak identiti mereka dari terdedah, mereka berbohong dan mengatakan mereka telah melarikan diri daripada tentera Pihak Perikatan.
Untuk menghalang Schroeder dari membuka beg tangan Dusty yang mengandungi bahan letupan, Keith mengatakan ia mengandungi ubat penicillin yang akan rosak sekiranya ia terdedah kepada udara.
Namun keesokkan hari, mereka mendapati beg tersebut sudah tiada dan telah diambil oleh askar-askar Jerman atas arahan Schroeder.
Bagaimanakah kesudahan nasib unit Force 10 selepas ini?
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(1 vote)
Rating9
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}