Guy, seorang juruwang di sebuah bank tidak menyedari bahawa dia ialah karakter dalam satu alam permainan video yang bernama Free City.
Satu hari, dia terserempak dengan seorang wanita bernama Millie yang menyanyikan lagu kegemarannya.
Lagu ini menyebabkan atur cara karakternya mengalami perubahan mendadak sehingga dia mula mengabaikan jadual kebiasaannya setiap hari.
Dia mematahkan rompakan bank yang dilakukan oleh pemain aktif permainan video tersebut dan merampas kaca matanya.
Kaca mata tersebut yang dipakai oleh semua pemain aktif membolehkan Guy untuk melihat alam sebenar Free City.
Dia menggunakan kaca mata tersebut untuk menjejak buah hatinya, Millie tetapi Millie menyuruh Guy untuk meningkatkan tahap keupayaannya ke 100 demi membuktikan dirinya.
Namun Guy tidak mengikut jalan mudah untuk mencapai tahap tersebut melalui keganasan tetapi mengamalkan kebaikan seperti membantu menyelamat para pemain yang terperangkap atau menghalang pemain-pemain lain dari menembak pemain-pemain lain.
Kegiatan Guy ini mengundang rasa kagum dan spekulasi dari para pemain permainan video sedunia tentang siapa sebenar pemain yang mengawal Guy tanpa menyedari Guy sebenarnya ialah program komputer yang sudah mula mencapai kebebasan berfikir sendiri.
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}