FRESH (2022)

Filem psiko thriller yang mengejutkan! Ngeri! Sesak nafas. Fuhhhhhh!!!

Boleh kata wow untuk filem ni. Memang padu! paling suka lakonan Sebastian Stan yang berjaya membawa watak figura lelaki psiko yang tiada perasaan. Daisy Edgar Jones juga cemerlang sebagai seorang mangsa yang terperangkap dan bakal dipotong-potong isi badannya. Sebuah filem genius yang tidak perlu memaparkan adegan penuh darah untuk bagi rasa mual kepada para penonton, makan macam fine dining tapi tekak dah rasa loya. Padu!

SPOILET ALERT:

Ini merupakan sebuah filem yang membawa tema cannibalism. Menarikya, cannibal dalam filem ini tidak ditunjukkan sebagai manusia pelahap yang makan daging manusia lain dengan darah berjejeran. Mereka digambarkan sebagai manusia kelas atasan yang menikmati hidangan daging manusia sebagai hidangan eksotik berharga puluhan ribu untuk hanya beberapa ratus gram bahagian daging manusia.

Jalan cerita sangat smooth, tidak sempat untuk bosan. Ada sahaja kejutan dan sentiasa berdebar dengan babak-babak yang diluar jangka.

Seorang wanita bernama Noa (Daisy Edgar Jones) jatuh hati dengan mulut manis dan jerat cinta seorang lelaki. Lelaki ini mengajaknya untuk berpergian dan tanpa rasa curiga Noa mengikut sahaja tanda sayang.

Ngerinya apabila dia mengetahui bahawa dia terperangkap dengan seorang cannibal yang menjalankan perusahaan menjual daging manusia. Mangsa-mangsanya dibiarkan hidup dengan bantuan perubatan bagi memastikan daging yang dipotong sentiasa segar untuk didagangkan. Gila bukan?

Ternyata bukan Noa seorang sahaja yang berada dalam tahanan lelaki itu.

Memang best cerita ni, kena tengok betapa struggle Noa mahu melepaskan diri. Bukannya mudah tapi tidak mustahil.

Best!!!

FRESH 8/10

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top